Bahasa Malaysia | English

September 2014
S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4
gallery icon publication icon download icon

Articles

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PLKN DI MUZIUM REMBAU

PLKN di Rembau

Tarikh   : 23 Februari 2013 (Sabtu)

Tempat : Muzium Rembau Replika Istana Raja Melewar

 

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PESERTA LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) DI MUZIUM REMBAU REPLIKA ISTANA RAJA MELEWAR

Program Khidmat Masyarakat Peserta Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diadakan di Muzium Rembau Replika Istana Raja Melewar, Astana Raja, Rembau.

Difahamkan program ini adalah dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Rembau dan disertai seramai lebih kurang 400 orang wira dan wirawati dari Kem Peserta Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ulu Pari, Rembau.

Menurut Y.Bhg Drs. Shamsuddin bin Ahmad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan beliau merakamkan setinggi-tinggi rasa penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Rembau dan Peserta Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Ulu Pari yang telah membantu menceria dan mengindahkan kawasan Muzium Rembau Replika Istana Raja Melewar melalui aktiviti gotong-royong yang telah dijalankan.

Melaluinya para peserta yang menyertai program ini yang kebanyakannya datang dari luar dapat mengenali Muzium Rembau Replika Istana Raja Melewar sebagai tempat yang menyimpan dan memelihara sejarah Raja Melewar pemerintah pertama Negeri Sembilan, sejarah Dato’ Undang Luak Rembau dari dahulu hingga sekarang dan sejarah Rembau khususnya.

Program seumpama ini di samping dapat mempromosikan Muzium Rembau Replika Istana Raja Melewar sebagai destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati juga memberi impak kepada peningkatan jumlah kedatangan pelancong ke muzium-muzium di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Tambahnya lagi program seperti ini amat dialu-alukan dan disokong oleh pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan beliau berharap selepas ini akan lebih ramai lagi pihak yang mengadakan program seumpama ini di Muzium Rembau Replika Istana Raja Melewar.

Selain daripada mengadakan aktiviti gotong-royong para peserta program juga telah mengambil peluang untuk melihat pameran dan artifak sambil diberikan penerangan oleh Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman, Penolong Kurator Bahagian Pengurusan Muzium Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan mengadakan pertandingan sukaneka di perkarangan muzium.

Pengumuman

  • new3 Penutupan sementara
    Pameran di Muzium Diraja 
    Istana Lama Seri Menanti
    bagi kerja-kerja pembangunan 
    dan pemuliharaan bermula  dari
    16 OGOS 2014 SEHINGGA TARIKh
    YANG AKAN DIMAKLUMKAN.
  •  new3 Pameran Panorama
    Negeri Sembilan Nan Indah
    pada 15 April 2014 (Isnin)
    di Muzium Negeri, Seremban
  • poster 

QR Code

qrcode.png - 1.00 KB

 Layari Web LMNS melalui peranti mudah alih anda..
Sila scan QR Code di atas

Undian

Apakah pendapat anda tentang laman web ini?

Sangat Memuaskan - 40.6%
Sederhana - 29.7%
Tidak Memuaskan - 26.6%

Jumlah undian: 64
Undian ini akan berakhir pada: 19 Jan 2014 - 00:00

Media Sosial

fb iconFacebook    rss iconRSS Feed

mobile ver iconMobile         youtube iconYouTube

Picture2Twitter

 

Statistik Pelawat

224392
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
61
513
1681
202323
1253
24577
224392

IP Anda: 54.87.44.72
Waktu Server: 2014-09-03 00:41:54

 Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06-7631149 | Fax : 06-7615355 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my government1malaysiamampuesolat jakimmsc

 

Ke Atas