ADAT PERPATIH

 

SEJARAH

Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah, tradisi dan sistem politiknya yang agak unik. Peribahasa "biar mati anak, jangan mati adat" telah menjadi pegangan hidup rakyat yang berketurunan Minangkabau. Adat perpatih telah wujud di Tanah Semenanjung sejak kurun ke-14, kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga sekarang. Ia amat jelas diterangkan dalam pembahagian harta pusaka, gelaran dan juga suku yang memihak kepada kaum wanita. Menurut sejarah, rombongan awal yang datang terdiri daripada kaum lelaki, tetapi susurgalur keturunan seseorang itu adalah "mengikut perut" iaitu tertakluk kepada suku ibunya. Melalui persemendaan ini jugalah masyarakat Negeri Sembilan terpecah kepada 12 kumpulan yang dikenali dengan nama "suku".

ADAT PERPATIH DI NEGERI SEMBILAN

Keunikannya adat adalah berdasarkan kepada sumber adat tersebut dan sistem nasab ibu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Sistem ini tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia. Disebabkan itu, ia merupakan peraturan atau undang-undang dalam masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan kata-kata yang diungkapkan dalam adat perpatih iaitu "perpatah-pertitih" mempunyai nilai-nilai kesenian yang tinggi. Para sarjana pernah mencatatkan hasil sastera lama Melayu adalah pancaran masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Oleh itu, perpatah-petitih ini dapat menyingkap tentang 'weltanschuung' atau pandangan hidup masyarakat Melayu secara umum dan etos Melayu khususnya. Adat Perpatih yang diwarisi masih dipertahankan oleh orang-orang di Negeri Sembilan kerana adat itu boleh menerima perubahan masa ke semasa. Ini boleh dilihat dari segi politik dimana sistem Yam Tuan Besar dan Dato'-Dato Undang masih meneruskan kelangsungan tanpa digugat termasuklah institusi Dato' Lembaga dan buapak-buapak. Dari aspek sosial, ia masih bercirikan hidup kekeluargaan seperti budaya bekerjasama, bermuafakat, saling hormat-menghormati dan semangat kejiranan . Selain itu, upacara nikah kahwin, kenduri dan sebagainya masih mempunyai ciri-ciri tradisi yang unik.

SUKU DAN PERUT

Masyarakat Melayu Negeri Sembilan dikelaskan mengikut nenek moyang mereka. Pengkelasan ini dikenali sebagai suku. Suku dalam pengertian adat ialah anggota masyarakat yang terbentuk daripada kelompok keturunan yang daripada sebelah ibunya. Dalam konteks masyarakat Adat Perpatih terdapat dua belas (12) suku iaitu:-

1. Biduanda
2. Batu Hampar
3. Mungkal
4. Sri Lemak
5. Paya Kumboh
6. Tiga Nenek
7. Sri Melenggang
8. Batu Belang
9. Tanah Datar
10. Anak Acheh
11. Anak Melaka
12. Tiga Batu
13. Biar mati anak jangan mati adat
14. Tak lekang dek panas
15. Tak lapok dek hujan

Biar mati anak jangan mati adat
Tak lekang dek panas
Tak lapok dek hujan

Dianjak layu dicabut mati

Orang-orang yang membuat tafsiran tentang nilai-nilai yang terdapat dalam adat sehubungan dengan ungkapan "biar mati anak, jangan mati anak" ini hanya melihat dari sudut kategori yang ke-4 (empat) di atas saja.

Pepatah " biar mati anak jangan mati adat" yang menjadi pegangan asas sistem hidup bermasyarakat dalam Adat Perpatih ini sering disalahtafsirkan bukan sahaja orang biasa tetapi juga pemimpin-pemimpin Melayu. Semua ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang memahami apakah sebenarnya yang dikatakan adat itu. Adapun yang dikatakan "adat" itu terbahagi kepada empat jenjang atau kategori seperti:-

Adat Yang Sebenar Adat

Maksudnya:- 'undang-undang'. Adat Perpatih telah wujud sejak lebih 500 tahun dan telah dipertuturkan secara lisan. Oleh itu, seseorang yang bakal dilantik menjadi tua Adat sama ada Buapak, Lembaga mahupun Penghulu wajib memahami peraturan (undang-undang) ini.

Mereka semua akan diuji terlebih dahulu oleh anak buahnya, dan setelah lulus barulah mereka dilantik. Pada zaman moden ini, 'adat yang sebenarnya adat' itu dikatakan sebagai undang-undang yang telah diwartakan atau digazetkan dan telah dibincangkan oleh pembesar-pembesar adat serta anak buah masing-masing sebelum dipakai. Balairong Seri adalah tempat membincangkan masalah adat seperti Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sekarang, cuma bentuknya sahaja yang berbeza.

Tak lekang dek panas,
Tak lapuk dek hujan,
Gemuk berpupuk segar bersiram,
Dianjak layu dicabut mati.

Jika lambang keadilan ini tidak dipertahankan maka berlakulah :

Kalau tak patah, tiat,
Kalau tak luka, congek,
Kalau ketulahan, tujuh tenggeng hilang pesaka,
Tujuh musim padi tak jadi.

Adat Yang Teradat Dan Adat Yang Diadatkan

Keduanya berbeza tetapi ia dapat dikatakan sama maksudnya. 'Adat yang teradat' beerti adat yang telah menjadi pegangan dan warisan dari nenek moyang.

Pucuk dan buah nyiur muda, mayang pinang dan seumpamanya dapat kita saksikan dalam upacara adat seperti Adat melenggang perut dan mencukur anak ini. Manakala, upacara seperti bersemah, tepung tawar, semua ini terlingkung dalam 'adat yang teradat' dan 'adat yang diadatkan', ertinya sesuatu yang kebiasaan dan diwarisi dari nenek moyang dahulukala.

Adat Istiadat

Menurut keputusan dan resam yang selalunya dipakai dalam perkara yang berhubung dengan adat istiadat seumpama nikah kahwin, adat di istana, mengadap raja dan yang terlingkung dalam seni budaya seperti yang disebutkan di atas.

 

ORANG AWAM
SENARAI MUZIUM
WARGA LMNS

127 Department of Museums Malaysiajohor kedah kelantan melaka pahang perak perlis sabah pp selangor swk tganu