LAWATAN KERJA PERBADANAN MUZIUM NEGERI MELAKA KE MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI

 

LawatanPERZIM ke MDRSM

 

Tarikh : 15 Ogos 2017 (Selasa)

Tempat : Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah

 

Perbadanan Muzium Negeri Melaka telah mengadakan lawatan kerja ke Muzium DiRaja Seri Menanti. Lawatan ini telah disertai seramai 50 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan termasuk pelajar Politeknik Merlimau. Ketibaan mereka telah disambut oleh Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip, Pemangku Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan serta pegawai dan kakitangan Muzium DiRaja Seri Menanti. Sesi lawatan bermula dengan mereka mendengar sejarah penubuhan Muzium DiRaja Seri Menanti yang disampaikan oleh Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip.

Selepas mendengar taklimat yang disampaikan oleh Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip mereka kemudiannya mendengar pula taklimat mengenai kerja-kerja pemuliharaan dan naiktaraf bangunan Muzium DiRaja Seri Menanti yang disampaikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Shaari bin Mat Said, NTQT syarikat yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut. Selain daripada mendengar taklimat mereka juga telah mengadakan sesi soal jawab dengan Y.Bhg Tuan Haji Shaari bin Mat Saod. Selesai sahaja mendengar kedua-dua taklimat tersebut mereka kemudiannya telah melawat makmal konservasi dan melihat kerja-kerja pemuliharaan dan naiktaraf bangunan Muzium DiRaja Seri Menanti yang sekarang sedang dilaksanakan.

Ketika melawat makmal konservasi mereka telah diberikan penerangan oleh Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip manakala bagi kerja-kerja pemuliharaan dan naiktaraf bangunan penerangan telah diberikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Shaari bin Mat Said. Menurut Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip melalui lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjasama antara pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Perbadanan Muzium Negeri Melaka dan Politeknik Merlimau.

Menerusi lawatan ini juga mereka dapat mengetahui kaedah penyimpanan artifak yang digunakan di makmal konservasi Muzium DiRaja Seri Menanti dan kerja-kerja pemuliharaan serta menaiktaraf bangunan yang dijalankan oleh pihak kontraktor. Selain daripada itu, ia juga turut memberi peluang kepada ketiga-tiga pihak untuk bertukar-tukar buah fikiran dan pandangan dalam memantapkan lagi bidang konservasi yang merupakan salah satu daripada cabang utama dalam dunia permuziuman.

Melalui lawatan ini juga memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Perbadanan Muzium Negeri Melaka untuk sama-sama memikirkan bentuk program dan aktiviti yang perlu dirancang dan diatur bagi menjadikan muzium sebagai buah mulut di kalangan pengunjung tempatan dan luar. Setinggi-tinggi rasa penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Muzium Negeri Melaka dan Politeknik Merlimau di atas kesudian mengadakan lawatan kerja bersama dan memilih Muzium DiRaja Seri Menanti sebagai destinasi untuk menimba ilmu pengetahuan yang berkait rapat dengan bidang permuziuman.

ORANG AWAM
SENARAI MUZIUM
WARGA LMNS

127 Department of Museums Malaysiajohor kedah kelantan melaka pahang perak perlis sabah pp selangor swk tganu