MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN

 

 

       Jamuan Raya KSKLMNS

 

 Tarikh : 29 Jun 2018 (Jumaat)

Tempat : Muzium Diraja Istana Seri Menanti, Kuala Pilah

 

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah diadakan di Muzium DiRaja Seri Menanti. Hadir sama dalam majlis ini adalah Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip, Penasihat Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Muzium Negeri Sembilan Merangkap Pemangku Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Y.Bhg Puan Rosrita binti Mohamad Nordin, Kurator Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Y.Bhg Encik Mohamad Firdaus bin Nosri, Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Y.Bhg Puan Masita binti Md. Yusoff, Timbalan Yang DiPertua Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Y.Bhg Encik Adnan bin Abdul Aziz, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti dan Y.Bhg Tuan Muhammad Hanis bin Mohd Fadzil, Imam 2 Masjid DiRaja Tuanku Munawir, Seri Menanti.

Difahamkan majlis ini telah disertai oleh seramai 38 orang dan 20 orang anak yatim pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti. Menurut Y.Bhg Encik Mohamad Firdaus bin Nosri tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengimarahkan lagi kedatangan bulan Syawal yang sememangnya kita nantikan setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak.

Selain daripada itu, majlis ini juga adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ahli kelab di samping antara program dan aktiviti utama yang telah disusun dan diatur dalam kalendar Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Suka saya nyatakan di sini bahawa pada majlis ini juga kita turut meraikan tetamu istimewa iaitu anak yatim seramai 20 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti.

Terima kasih diucapkan kepada mereka di atas kesudian hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang diadakan pada hari ini. Semoga kedatangan Syawal ini kita sambut dengan penuh kesyukuran di samping saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain sepertimana yang dituntut dalam ajaran agama Islam.

Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip selaku Penasihat Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Muzium Negeri Sembilan merangkap Pemangku Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan di atas segala sokongan dan semangat yang telah diberikan kepada pihak kelab untuk menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang dan disusunatur.

Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Kelab yang telah bekerja keras dan bertungkus lumus untuk menjayakan program yang diadakan pada hari ini dari mula sehingga ke akhir.

Begitu juga terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli kelab yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama dalam apa jua bentuk terhadap setiap program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak kelab selama ini.

Tanpa bantuan dan sokongan daripada ahli-ahli kelab maka segala program dan aktiviti tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti bertepatan kata adat “duduk seorang sempit, duduk ramai lapang”.

ORANG AWAM
SENARAI MUZIUM
WARGA LMNS

127 Department of Museums Malaysiajohor kedah kelantan melaka pahang perak perlis sabah pp selangor swk tganu