LAWATAN PESERTA PROGRAM TOURISM MALAYSIA MEDIA CHALLENGE 2.0 KE MUZIUM NEGERI, SEREMBAN

 

 

       LawatanMedia

 

 Tarikh  : 23 Julai 2018 (Isnin)

Tempat : Muzium Negeri Seremban.

 

Muzium Negeri, Seremban telah menerima lawatan peserta Program Tourism Malaysia Media Challenge 2.0. Program yang disertai oleh seramai 30 orang pengamal media ini adalah kerjasama antara Jabatan Muzium Malaysia dan Tourism Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2018 yang diadakan di Melaka.

Program yang berbentuk treasure hunt dan lawatan ini bermula daripada Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Ketibaan para peserta program di Muzium Negeri, Seremban telah disambut oleh Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman, Penolong Kurator Unit Pendidikan dan Pemasaran Bahagian Pengurusan Muzium Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Mereka kemudiannya telah dibawa melawat ke Galeri Sejarah Negeri Sembilan yang terdapat di Muzium Negeri, Seremban sambil diberikan penerangan oleh Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman. Selain daripada melawat galeri pameran mereka juga telah menikmati makan tengah hari secara duduk berselo di Istana Ampang Tinggi.

Melalui program ini para pengamal media telah mempromosikan Galeri Sejarah Negeri Sembilan yang baru dibuka kepada pengunjung bermula pada tahun lepas.

ORANG AWAM
SENARAI MUZIUM
WARGA LMNS

127 Department of Museums Malaysiajohor kedah kelantan melaka pahang perak perlis sabah pp selangor swk tganu