LAWATAN PESERTA PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR BURHANUDDIN,

SERI MENANTI DAN SEKOLAH SAINS SULTAN AHMAD SHAH, PEKAN KE MUZIUM NEGERI, SEREMBAN

 

 

       Lawatan Program Sek. Burhanuddin

 

 Tarikh  : 05 Ogos 2018 (Ahad)

Tempat : Muzium Negeri Seremban.

 

Muzium Negeri, Seremban telah menerima lawatan daripada peserta Program Jalinan dan Jaringan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti dan Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 80 orang pelajar termasuk guru pengiring.

Ketibaan rombongan ini di Muzium Negeri, Seremban telah disambut oleh Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman, Penolong Kurator Unit Pendidikan dan Pemasaran Bahagian Pengurusan Muzium Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Encik Syahril Tahirrul bin Zainal Abidin, Pembantu Muzium Negeri, Seremban Bahagian Pengurusan Muzium Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Sesi lawatan bermula dengan mereka diuji minda dan pengetahuan dengan kuiz mengenai sejarah kemerdekaan negara. Aktiviti ini adalah merupakan sebahagian daripada pengisian program dalam lawatan tersebut dan untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan 2018. Hadiah pemenang kuiz telah disampaikan oleh Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman.

Selepas aktiviti tersebut mereka kemudiannya telah mendengar taklimat ringkas berkenaan Sejarah Negeri Sembilan dan Galeri Sejarah Negeri Sembilan yang terdapat di Muzium Negeri, Seremban. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman.

Selesai sahaja mendengar taklimat tersebut mereka kemudiannya telah dibawa untuk melihat pameran dan artifak yang terdapat di Galeri Sejarah Negeri Sembilan sambil diiringi oleh Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman dan Encik Syahril Tahirrul bin Zainal Abidin.

Ketika di galeri pameran mereka telah diberikan penerangan oleh Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman sambil turut mengadakan sesi soal jawab.
Selain daripada melawat galeri pameran mereka juga turut melawat Istana Ampang Tinggi dan Rumah Tradisional Negeri Sembilan yang terletak bersebelahan dengan Muzium Negeri, Seremban. Sesi lawatan berakhir dengan Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman menerima cenderamata penghargaan daripada salah seorang guru yang mengiringi lawatan tersebut.

ORANG AWAM
SENARAI MUZIUM
WARGA LMNS

127 Department of Museums Malaysiajohor kedah kelantan melaka pahang perak perlis sabah pp selangor swk tganu