MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 2020

 

perhimpunan pagi 2020

 

Tarikh : 17 Ogos 2020 (Isnin)

Tempat : Muzium Negeri Seremban

 

Majlis Perhimpunan Pagi Lembaga Muzium Negeri Sembilan Bagi Tahun 2020 telah diadakan pada 17 Ogos 2020 (Isnin) pada jam 9.00 pagi. Turut hadir ialah Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan Drs. Shamsuddin bin Ahmad yang telah menyampaikan beberapa amanat penting kepada semua kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Disamping itu juga telah diadakan beberapa acara lain seperti Lafaz Ikrar Penjawat Awam yang diketuai oleh Encik Amir Nakhaie bin Busu dan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 kepada Puan Masita binti Md. Yusoff, Encik Mohamad Firdaus bin Nosri dan Encik Muhammad Zaki bin Razani.

Kemudiannya pula dijalankan acara penyampaian Surat Kenaikan Pangkat kepada beberapa orang pegawai dan kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Turut diadakan adalah acara penyampaian cenderamata kepada Pelajar Latihan Industri yang telah tamat latihan beberapa hari yang lalu iaitu Cik Nur Alifah Ilyana binti Ariffin dan juga Cik Fathnin 'Alyea binti Norazam. Program perhimpunan pagi ini diakhiri dengan Lafaz Ikrar Aku Janji Penjawat Awam yang diketuai oleh Encik Muhammad bin Zamzan, diikuti oleh Cik NurSuaidah binti Rahaman, Encik Mohamad Firdaus bin Khalid dan juga Encik Mohd Sharifuddin bin Zainal Abidin.
ORANG AWAM
SENARAI MUZIUM
WARGA LMNS

127 Department of Museums Malaysiajohor kedah kelantan melaka pahang perak perlis sabah pp selangor swk tganu