LAWATAN LEMBAGA AIR KUCHING SARAWAK KE MUZIUM NEGERI SEREMBAN
Tarikh : 06 Disember 2022 (Selasa)
Tempat : Muzium Negeri Seremban
Muzium Negeri, Seremban telah menerima lawatan daripada Lembaga Air Kuching, Sarawak. Ketibaan mereka telah disambut oleh Y.Bhg Drs. Shamsuddin bin Ahmad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Sesi lawatan bermula dengan mereka terlebih dahulu menikmati jamuan makan tengah hari secara beradat di Rumah Contoh Negeri Sembilan. Selepas menjamu selera mereka kemudiannya melihat demonstrasi kulinari masakan tradisi ibu soko Adat Lingkungan Istana Besar Seri Menanti.
Selesai sahaja melihat demonstrasi tersebut mereka lalu dibawa melawat galeri pameran Muzium Negeri, Seremban. Penerangan mengenai galeri pameran telah disampaikan oleh Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman, Penolong Kurator Unit Muzium. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Lembaga Air Kuching, Sarawak di atas kesudian melapangkan masa melawat Muzium Negeri, Seremban yang merupakan antara destinasi utama pelancongan di negeri yang terkenal dengan jolokan sebagai โNegeri Beradatโ. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada ibu soko Adat Lingkungan Istana Besar Seri Menanti yang telah menjayakan program yang diadakan bersempena dengan lawatan ini.
๐ค๐ท๐ฒ๐ฝ ๐๐ฎ๐ถ๐ช๐ผ๐ช๐ป๐ช๐ท & ๐๐ฎ๐ญ๐ฒ๐ช
๐๐ฎ๐ถ๐ซ๐ช๐ฐ๐ช ๐๐พ๐๐ฒ๐พ๐ถ ๐๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐ป๐ฒ ๐ข๐ฎ๐ถ๐ซ๐ฒ๐ต๐ช๐ท
Disediakan Oleh
Asrul Effendi bin Kamaruzzaman
Penolong Kurator
Unit Muzium