OLEK ADAT LINGKUNGAN DAN LUAK TANAH MENGANDUNG
(ADAT LINGKUNGAN ISTANA BESAR SERI MENANTI, LUAK ULU MUAR, LUAK JEMPOL,
LUAK TERACHI, LUAK GUNUNG PASIR DAN LUAK INAS SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KE-75
DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Tarikh : 14 & 15 Januari 2023 ( Sabtu&Ahad)
Tempat : Perkarangan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Keโ75 pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan program khas iaitu Olek Adat Lingkungan dan Luak Tanah Mengandung(Adat Lingkungan Istana Besar Seri Menanti, Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas).
Program yang menjadi antara pengisian utama bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Keโ75 Tahun 2023 ini akan diadakan pada 14 Januari dan 15 Januari 2023 (Sabtu dan Ahad) bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Perkarangan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara datoโ-datoโ lembaga dan ibu-ibu soko Adat Lingkungan Istana Besar Seri Menanti, Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas, mengetengahkan kepada masyarakat mengenai teras utama yang terdapat dalam Adat Perpatih selain daripada kepimpinan, persempadanan, seni, budaya dan lain-lain lagi.
Pada masa yang sama ia menyemarakkan lagi program Adat Lingkungan Istana Besar Seri Menanti, Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas di bawah dana memperkasakan Adat Perpatih yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar.
Semoga dengan penganjuran program ini akan dapat menarik bukan sahaja minat masyarakat khususnya generasi muda untuk mengenali seni dan budaya Adat Lingkungan, Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas malahan dapat menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar ke Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.
๐ค๐ท๐ฒ๐ฝ ๐๐ฎ๐ถ๐ช๐ผ๐ช๐ป๐ช๐ท & ๐๐ฎ๐ญ๐ฒ๐ช
๐๐ฎ๐ถ๐ซ๐ช๐ฐ๐ช ๐๐พ๐๐ฒ๐พ๐ถ ๐๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐ป๐ฒ ๐ข๐ฎ๐ถ๐ซ๐ฒ๐ต๐ช๐ท
#danamemperkasakanadatperpatih
#muziumnegerisembilan
#kerajaannegerisembilan
#bersihmuafakatsejahtera
#biarmatianakjanganmatiadat