MENAIKTARAF PINTU GERBANG DI PERKARANGAN MUZIUM NEGERI SERTA KERJA LAIN BERKAITAN

 

 

       IMG 5638

 

2.       Syarikat adalah dikehendaki untuk mengisi maklumat yang diminta dan memuatnaik salinan sijil dipautan pada laman   

          sesawang rasmi Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Salinan sijil melalui paparan gambar yang jelas dan terang adalah 

          dibenarkan sahaja.

3.      Sebarang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak secara automatik daripada menyertai kerja undi ini.

4.       Hanya Syarikat yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan sahaja akan dihubungi bagi pelaksanaan kerja undi.

5.       Sebarang kelewatan daripada tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

 

 

<< SILA KLIK DIPAUTAN INI UNTUK MENDAFTAR >>

 

 

 

   

MAJLIS KERAPATAN ADAT SUKU BATU HAMPAR LINGKUNGAN AIR KAKI YANG JERNIH

 

Adat Lingkungan Sept 2020

 

Tarikh : 19 September 2020 (Sabtu)

Tempat : Kampung Sungai Layang, Seri Menanti

 

 Majlis Kerapatan Adat Suku Batu Hampar Lingkungan Air Kaki Yang Jernih telah diadakan di Kampung Sungai Layang, Seri Menanti. Ia bermula dengan lawatan ke tapak bersejarah iaitu Makam Limah binti Salleh yang terletak berhampiran dengan rumah yang menjadi tempat kerapatan diadakan. Antara yang hadir ialah YM Dato’ Seri Amar Diraja Nor Azmi bin Hashim, dato’-dato’ adat dan ibu-ibu soko Adat Lingkungan. Manakala kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang hadir ialah Puan Rosrita binti Mohamad Nordin, Kurator Bahagian Antikuiti, Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman, Penolong Kurator Unit Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti / Urusetia Adat Lingkungan, Cik Norain binti Beruhudin, Pembantu Muzium Unit Adat Perpatih, Dharma bin Mohaziz dan Mohammad Amirul Afiq bin Hazamee yang kedua-duanya merupakan pelajar praktikal yang mengambil jurusan Bahasa Inggeris di Universiti Putra Malaysia.

Perbincangan dipengerusikan oleh YM Dato’ Dia Maharaja Azman bin Haji Anuar, Buapak Suku Batu Hampar Lingkungan Air Kaki Yang Jernih Kampung Sungai Layang. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pemuliharaan dan menaiktaraf Makam Limah binti Salleh, peranan ibu soko, perlantikan penyandang pesaka adat serta program Adat Lingkungan di bawah dana memperkasakan Adat Perpatih. Pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan sentiasa turun ke luak-luak dan wilayah beradat mengadakan perbincangan dengan penyandang-penyandang pesaka adat untuk melaksanakan program di bawah dana memperkasakan Adat Perpatih serta menjalankan kajian yang berkaitan dengan Teras Adat Perpatih.
 
 

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.


Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.


Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.


Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Lembaga Muzium Negeri Sembilan menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk perkongsian maklumat yang boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

Definisi Data Terbuka: Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma dan Syarat Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0 berikut :

pdf_iconSTATISTIK PELANCONG KE MUZIUM DI NEGERI SEMBILAN

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Tajuk Format
STATISTIK PELANCONG KE MUZIUM DI NEGERI SEMBILAN XLSX
   

 

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN