KUIZ POSTER

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

 

I.   Penyertaan dibuka kepada orang ramai (netizen) yang menetap di Negeri Sembilan dan di luar Negeri Sembilan, termasuk yang bukan warganegara Malaysia.

II.  Kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan ahli keluarga masing-masing, tidak dibenarkan menyertai kuiz ini.

III. Dato'-Dato' Penyandang Pesaka Adat juga tidak dibenarkan menyertai kuiz ini.

IV. Bagaimanapun, ahli keluarga Dato'-Dato' Penyandang Pesaka Adat dibenarkan menyertai kuiz ini.

V.  Setiap peserta diwajibkan LIKE dan FOLLOW Page Facebook Lembaga Muzium Negeri Sembilan serta Page Facebook NS Daily.

VI. Setiap peserta diwajibkan LIKE set soalan yang diterbitkan pada setiap hari di Page Facebook Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Page Facebook NS Daily.

VII. Setiap peserta diwajibkan SHARE set soalan yang diterbitkan pada setiap hari di Page Facebook Lembaga Muzium Negeri Sembilan, ke akaun Facebook masing-masing.

VIII. Setiap peserta diwajibkan LIKE bahan ilmiah di Page Facebook Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang digunakan sebagai rujukan untuk mendapatkan jawapan. 

IX.  Satu akaun Facebook dikira sebagai satu penyertaan. Sekiranya ingin menghantar lebih daripada satu penyertaan, sila gunakan akaun Facebook yang berbeza milik ahli keluarga,  saudara-mara atau rakan-rakan.

X.   Akaun palsu atau akaun yang diwujudkan untuk sementara bagi tujuan menghantar lebih daripada satu penyertaan, tidak akan diterima. 

XI.  Setiap peserta perlu menjawab set soalan yang dikemukakan pada setiap hari, sepanjang lima hari berturut-turut kuiz ini dilaksanakan.

XII. Sila lengkapkan slogan berikut dengan ayat yang paling kreatif:

      Saya suka melayari Page Facebook Lembaga Muzium Negeri Sembilan kerana… (tidak lebih 20 patah perkataan).

XIII.   Kesemua 25 jawapan terkumpul berserta slogan paling kreatif, hendaklah dihantar kepada emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

XIV. Setiap penyertaan juga perlu dilengkapi dengan maklumat berikut:

               NAMA PENUH
               NOMBOR MYKAD
               NOMBOR TELEFON BIMBIT
               ALAMAT EMEL
               ALAMAT KEDIAMAN
               ALAMAT AKAUN FACEBOOK

XV. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Rabu, 2 Disember 2020 jam 12.01 tengah malam.

XVI. Setiap penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup ditetapkan, tidak akan diterima.

XVII. Setiap penyertaan yang dihantar sebelum tarikh tutup tetapi tidak memenuhi syarat ditetapkan, tidak akan diterima.

XVIII.  Hanya peserta yang mengemukakan kesemua 25 jawapan terkumpul paling tepat berserta slogan paling kreatif dan memenuhi syarat ditetapkan, bakal dipilih sebagai pemenang.

XIX. Setiap peserta yang menjawab kesemua 25 soalan dengan betul berserta slogan paling kreatif dan memenuhi setiap syarat ditetapkan, hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja.

XX. Keputusan para juri dalam membuat pemilihan setiap pemenang bagi kuiz ini, adalah muktamad.

XXI. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana pemenang, sekiranya melanggar atau tidak memenuhi setiap syarat yang telah ditetapkan.

XXII. Pihak penganjur berhak menukar sebarang hadiah yang ditawarkan kepada setiap pemenang, tanpa perlu membuat sebarang hebahan atau makluman terlebih dahulu.

 

** SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI DI TALIAN 06-7631149 **