TEROMBA BERKODIM AUR SERUMPUN SUKU JONANG LUAK JOHOL.

 

       

327163972 1162649541280112 3319661297220642001 n

 

327894201 572635761410120 3776617222963088351 n

 

 

Tarikh : 28 Januari 2023 (Sabtu)

Tempat : Johol

 

TEROMBA BERKODIM AUR SERUMPUN SUKU JONANG LUAK JOHOL.

Oleh: Md Share B Abd Ghani
( Dato' Serumpun Buapak Yang Enam)

Dipersembahkan oleh: YM Dato' Malek B Hamzah bagi pihak YM Dato' Seribu Garang,
Bismillahirahmanirohim
Assalamualaikum W.B.T
Awal terombo memuji Allah
Selawat salam kepado Rasullullah

Alhamdulillahirabbil-alamin
- wabihi.nas tain-ala umuridduny-a-waddin-wasolla tu-wassalamu-ala-Saidina Muhammad-as rofil-mursalin-waala alihi- wasahbihi-ajmain.
Robbis rohli sodri- wayasirli amri-wahlul ukdotan minlisani-yaf kohu kauli
Amma- bakdu'
Yang Amat Mulio Dato' Bagindo Luak Johol
Yang Mulio Dato' Jonang
Yang Mulio Dato' Lembago dan Orang Bosar Balai
Yang Mulio Dato' Buapak Yang Onam
Yang Mulio Dato' Buapak kepado Lembago serta Ibu-Ibu Soko...
Tuan-tuan dan Puan-puan yang hadir pado pagi yang berbahagio ini.

Alhamdulillah dengan limpah rahmat Allah jualah dapek kito bersamo pado pagi ini dalam mengadokan majlis Adat Berkodim sebagai mano kehendak anak buah yang berhajat.
Sayo, Malek Bin Hamzah, bergelar Dato Panglimo Dalam, bagi pihak YM Dato' Seribu Garang, Hj Hamzah B Abd Rahman Buapak kepado orang-orang Suku Jonang Luak Johol, mohon memulokan acaro pado pagi ni.

Yang jauh dah kito jomput
yang dokek dah dikampongkan
yang tak sompek dah kito khabarkan
dan yang bertanyo jugak dah kito tunjukkan.
Majlis berkodim yang bakal kito langsungkan pagi ini merupokan majlis berkodim aur serumpun antaro nenek, Puan Zaiton Bti Mohd Isa kepada dua orang cucu perempuannya,
sebagaimano 'Berkodim Adat dan Pusako' bak kato perbilangan; Adat bertando, hukum bersaksi
Untuk bercakap gurindam hati
adat tak lapok dek hujan
tak lokang dek paneh
adat bersendi hukum
hukum bersendi syarak
syarak bersandar pado kitabullah.
mengikut perbilangan adat pepatih
adat berpangkar di bumi
dan berpucuk di langit
takik kayu Batin Jonang
helo jengkal kepado waris
putus tebus kepado Undang
lantak bertukul kepado Lembago
kalam Allah kalam nabi
bak kato orang tuo-tuo
Alam berajo Luak berundang
Suku berlembago
anak buah berbuapak
mohon hadiran yang hadir;
Buah Sentul ikan kelah,
Bungo Langkap dari seberang;
Betulkan kalau sey salah,
Longkapkan kok ado yang terkurang.

Setelah mendapat kebulatan muafakat dalam keluarga tuan rumah yakni, Puan Zaiton Bti Mohd Isa no kad pengenalan 630827-05-XXXX yang berhajat mengodimkan duo orang cucunya ke Suku Jonang bernamo;
1. Alesha Shafiyyah Bti Muhammah Zulhisni
2. Aisya Sarah Bti Amirsyahied

masuk ke dalam suku neneknya iaitu suku jonang dan bak kato perbilangan,
titis embun jatuh kor mato
sayang berbeli dan kasih berbayar
maka bersediolah dia menganugerahkan sebahagian pusaka yang dimilikinya berjumlah sepertigo bahagian setelah keduo cucunya selesai dikodimkan.
Begitulah adat menitipkan

YAM serta sekalian yang hadir, hamba dato' mempersembahkan.

𝓤𝓷𝓲𝓽 𝓟𝓮𝓶𝓪𝓼𝓪𝓻𝓪𝓷 & 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪
𝓛𝓮𝓶𝓫𝓪𝓰𝓪 𝓜𝓾𝔃𝓲𝓾𝓶 𝓝𝓮𝓰𝓮𝓻𝓲 𝓢𝓮𝓶𝓫𝓲𝓵𝓪𝓷

#kerajaannegerisembilan
#lembagamuziumnegerisembilan
#luakjohol
#biarmatianakjanganmatiadat

E-PENYERTAAN / SUARA ANDA
  Polisi E-Penyertaan  
  Kalendar Aktiviti  
  Acara Tahunan Muzium  
  Malumbalas/Pertanyaan  
  Pemohonan Mendapatkan Maklumat  
  Seranta Awam Atas Talian  
  RSS E-Penyertaan  
  Sebutharga Terkini 2024 new  
  e-Jurnal new  
  Jawatan Kosong 2024 new  
  Maklumat Lanjut  

 

ORANG AWAM
SENARAI MUZIUM
WARGA LMNS

127 Department of Museums Malaysiajohor kedah kelantan melaka pahang perak perlis sabah pp selangor swk tganu

malaysiasprm
bpajpa
mscmampu
spa
myegspr
mdeclogobm