ejurnal LMNS

  PENGENALAN

  1. Penerbitan e-jurnal ini adalah bertujuan untuk mendedahkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan adat perpatih dan budaya yang diamalkan di Negeri Sembilan.
  2. Penyumbang kertas kerja dalam e-jurnal ini adalah terdiri daripada ahli akedemik dan mereka yang pakar dalam bidang berkaitan adat perpatih dan budaya di negeri yang terkenal dengan jolokan negeri beradat.
  3. Tujuan utama e-jurnal ini diterbitkan dalam bentuk atas talian adalah untuk memudahkan pencarian dijalankan dengan mudah dan seiring dengan kemajuan teknologi masa kini.
  4. Pada masa yang sama e-jurnal ini akan menjadi sumber rujukan kepada para penyelidik dan pelajar yang membuat penyelidikan dalam bidang berkaitan.

 

OBJEKTIF

  1. Sebagai antara bahan terbitan utama LMNS selain daripada buku dan majalah.
  2. Menjadi antara projek penerbitan dibawah jawatankuasa penerbitan LMNS.
  3. Usaha murni untuk memelihara adat perpatih dan budaya Negeri Sembilan melalui penerbitan dalam bentuk ilmiah.
  4. Memperkayakan lagi koleksi bacaan LMNS dalam bentuk atas talian.
  5. Menyebarluaskan lagi maklumat yang berkaitan dengan adat perpatih dan warisan budaya Negeri Sembilan secara dalam talian untuk dimanfaatkan oleh para penyelidik dan para pembaca.

TAHUN 2022     SERI MENANTI : JURNAL LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN 

 

PERKEMBANGAN LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN 

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan meneliti perkembangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan sejak tahun 1953. Antara tumpuan kajian ialah sejarah penubuhan; peranan dan tanggungjawab yang dimainkan serta pameran dan galeri yang dikelola oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif dalam mendapatkan maklumat berkenaan muzium ini. Artikel ini akan menjawab sejauh mana keadaan yang mempengaruhi penubuhan muzium tersebut dan peranan yang dimainkan. Kajian ini menghuraikan peranan yang dimainkan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan, khususnya Adat Perpatih yang begitu simbolik dengan Negeri Sembilan sebagai warisan negeri. Hasil kajian mendapati Lembaga Muzium Negeri Sembilan menjalankan peranan sebagai muzium negeri yang menyimpan, memelihara dan mempamerkan bahan-bahan sejarah dan warisan budaya negeri.

 

Kata kunci: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Adat Perpatih, warisan.

 

cover Jurnal Final LMNS

       

         [ Lihat Jurnal ] [ Jurnal Lengkap ]


 

 

malaysiasprm
bpajpa
mscmampu
spa
myegspr
mdeclogobm