Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) telah membangunkan laman web yang baru dengan matlamat menjadikannya sebagai salah satu saluran maklumat rasmi utama. Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, beberapa kemudahan telah disediakan dalam laman web ini. Di antaranya adalah makluman dan berita rasmi LMNS, hebahan aktiviti sepanjang tahun, maklumat mengenai muzium-muzium LMNS, penerbitan jabatan, dan sebagainya.

Akhir kata saya mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan melayari laman web ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan mendapat maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Saya juga berharap laman web ini menjadi sumber rujukan berguna para pengunjung web ini.

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfaat semua pihak.

Terima kasih kerana mengunjungi laman web LMNS.

"Kunjungilah Muzium"

 

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan

malaysiasprm
bpajpa
mscmampu
spa
myegspr
mdeclogobm