Selari dengan perkembangan pesat bidang permuziuman di negara ini di awal tahun 20-an, beberapa buah muzium yang terdiri dari muzium negeri, institut, jabatan dan organisasi telah ditubuhkan, kesedaran untuk memelihara warisan sejarah merupakan faktor utama penubuhan pelbagai muzium di seluruh negara. Di Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri diperuntukkan dengan akta-akta dan undang-undang tertentu dan tersendiri. Muzium merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah kehendak Enakmen Lembaga Muzium Negeri.

Lembaga Muzium adalah satu badan yang bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya terbuka kepada umum, memperolehi, memelihara, menghubungkan, mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, penelitian dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya.

Mengurus perolehan, pemuliharaan, pemeliharaan dan pameran segala warisan sejarah dan budaya negeri bagi menanam kesedaran dan cinta masyarakat, pelajar dan pelancong dalam serta luar negeri terhadap warisan sejarah dan budaya negeri selaras dengan tujuan penubuhan Enakmen Lembaga Muzium Negeri Sembilan 1956.

malaysiasprm
bpajpa
mscmampu
spa
myegspr
mdeclogobm