MAJLIS KERAPATAN ADAT SUKU BATU HAMPAR LINGKUNGAN AIR KAKI YANG JERNIH

 

Adat Lingkungan Sept 2020

 

Tarikh : 19 September 2020 (Sabtu)

Tempat : Kampung Sungai Layang, Seri Menanti

 

 Majlis Kerapatan Adat Suku Batu Hampar Lingkungan Air Kaki Yang Jernih telah diadakan di Kampung Sungai Layang, Seri Menanti. Ia bermula dengan lawatan ke tapak bersejarah iaitu Makam Limah binti Salleh yang terletak berhampiran dengan rumah yang menjadi tempat kerapatan diadakan. Antara yang hadir ialah YM Dato’ Seri Amar Diraja Nor Azmi bin Hashim, dato’-dato’ adat dan ibu-ibu soko Adat Lingkungan. Manakala kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang hadir ialah Puan Rosrita binti Mohamad Nordin, Kurator Bahagian Antikuiti, Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman, Penolong Kurator Unit Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti / Urusetia Adat Lingkungan, Cik Norain binti Beruhudin, Pembantu Muzium Unit Adat Perpatih, Dharma bin Mohaziz dan Mohammad Amirul Afiq bin Hazamee yang kedua-duanya merupakan pelajar praktikal yang mengambil jurusan Bahasa Inggeris di Universiti Putra Malaysia.

Perbincangan dipengerusikan oleh YM Dato’ Dia Maharaja Azman bin Haji Anuar, Buapak Suku Batu Hampar Lingkungan Air Kaki Yang Jernih Kampung Sungai Layang. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pemuliharaan dan menaiktaraf Makam Limah binti Salleh, peranan ibu soko, perlantikan penyandang pesaka adat serta program Adat Lingkungan di bawah dana memperkasakan Adat Perpatih. Pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan sentiasa turun ke luak-luak dan wilayah beradat mengadakan perbincangan dengan penyandang-penyandang pesaka adat untuk melaksanakan program di bawah dana memperkasakan Adat Perpatih serta menjalankan kajian yang berkaitan dengan Teras Adat Perpatih.
 
 
ORANG AWAM
SENARAI MUZIUM
WARGA LMNS

127 Department of Museums Malaysiajohor kedah kelantan melaka pahang perak perlis sabah pp selangor swk tganu