FORUM PERDANA EHWAL ISLAM BERTAJUK “PENGHAYATAN PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ RASULULLAH”

 

 

       Forum Perdana WAP18

 

 

Tarikh : 14 April 2018 (Sabtu)

Tempat : Perkarangan Balai Undang Luak Johol

 

Forum Perdana Ehwal Islam Bertajuk “Penghayatan Perjalanan Israk dan Mikraj Rasulullah” anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan bersempena dengan Warna Warni Adat Perpatih 2018 "Adat Benar" Luak Johol telah diadakan di Perkarangan Balai Undang Luak Johol, Kuala Pilah.

Tetamu kehormat dalam forum perdana ini adalah YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato' Muhammed bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol dan YM Tok Puan. Hadir sama adalah YB Dato’ Seri Haji Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Y.Bhg Datin, Y.Bhg Dato’ Selamat bin Paigo, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Y.Bhg Dato’ Haji Zazali bin Salehudin, Pegawai Daerah Jempol dan Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip, Pemangku Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Ahli panel yang diundang khas dalam forum perdana ini adalah Y.Bhg Sahibus Samahah Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dan Y.Bhg Ustazah Asni binti Abu Mansor manakala moderator adalah Y.Bhg Tuan Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur.

Difahamkan seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan peringkat Daerah Kuala Pilah, negeri dan persekutuan, dato’-dato’ penyandang pesaka adat Luak Johol, besar-besar waris, ibu-ibu soko dan penduduk setempat telah menghadiri forum perdana ini.

 

malaysiasprm
bpajpa
mscmampu
spa
myegspr
mdeclogobm