MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI KAKITANGAN LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN 

 

 

       Perhimpunan Bulanan Mac

 

 

Tarikh : 02 Mac 2018 (Jumaat)

Tempat : Perkarangan Muzium Diraja Istana Seri Menanti

 

Majlis Perhimpunan Pagi Kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah diadakan di Perkarangan Muzium DiRaja Seri Menanti, Kuala Pilah. Tetamu kehormat dalam majlis ini adalah YB Dato’ Seri Haji Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Hadir sama adalah Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip, Pemangku Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan serta pegawai dan kakitangan. Menurut YB Dato’ Seri Haji Mat Ali bin Hassan secara keseluruhannya Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah menunjukkan kejayaan dan kecemerlangan yang amat membanggakan sepanjang tahun 2017.

Tambah menggembirakan ujarnya lagi muzium telah berjaya melaksanakan peranan yang telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar untuk memakmur dan mensejahterakan rakyat. Ini jelas terbukti apabila Unit Adat Perpatih yang diletakkan di bawah Lembaga Muzium Negeri Sembilan sentiasa menjadi rujukan di kalangan Dato’-Dato’ Penyandang Pesaka Adat.

Selain daripada itu, muzium juga sentiasa mengadakan pelbagai program dan aktiviti dalam usaha untuk memartabat dan memperkasakan lagi pengamalan Adat Perpatih di negeri ini.

Saya berharap semoga pada tahun ini akan banyak lagi kecemerlangan dan kejayaan dicipta oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Kecemerlangan dan kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa kerja keras dan komitmen yang tinggi di kalangan pegawai dan kakitangan.

Justeru itu maka saya berharap agar semua pegawai dan kakitangan sentiasa komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Dalam memastikan matlamat ini tercapai sepenuhnya maka semua pegawai dan kakitangan perlu sentiasa mantap dan bekerja sebagai satu pasukan.

Semangat kebersamaan akan dapat dirasa apabila kita bekerja dalam satu pasukan dan kejayaan yang dicapai sama dijulang. Suka saya menarik perhatian akan amanat YAB Menteri Besar dalam perhimpunan bulanan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang diadakan pada bulan lepas di mana beliau berharap agar setiap jabatan dan agensi bukan hanya sekadar menunggu perkhidmatan sebaliknya menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat.

Dalam hal ini saya berharap agar Lembaga Muzium Negeri Sembilan seiringan dengan jabatan dan agensi lain dengan menawarkan perkhidmatan sehingga memberikan kepuasan kepada pelanggan. Dengan penawaran perkhidmatan yang berkaitan dengan bidang permuziuman saya percaya bahawa jumlah kedatangan pengunjung ke muzium akan sentiasa meningkat dan menjadi buah mulut sebagai produk pelancongan yang menarik untuk dikunjungi di samping pusat untuk menimba ilmu pengetahuan.

Selain daripada itu, saya juga berharap agar pegawai dan kakitangan sentiasa berfikiran kreatif dan meneroka penemuan baru untuk menjadikan muzium sebagai tempat yang harus dilawati apabila masuk ke pintu negeri ini.

Semoga apa yang saya sampaikan dalam perhimpunan pada pagi ini akan dijadikan sebagai semangat dan iltizam di kalangan pegawai dan kakitangan dalam usaha untuk meletakkan muzium sentiasa berada di mercu kejayaan dan kegemilangan. Akhir sekali saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pegawai dan kakitangan serta berharap akan dapat memikul tanggungjawab dan peranan sebagai seorang penjawat awam dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Selain daripada menyampaikan amanat kepada pegawai dan kakitangan, YB Dato’ Seri Haji Mat Ali bin Hassan juga turut melihat projek pemuliharaan dan menaiktaraf bangunan Muzium DiRaja Seri Menanti yang kini sedang giat dijalankan. Turut mengiringi lawatan beliau adalah Y.Bhg Dato’ Abdul Karim bin Mohd Tahir, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Y.Bhg Ir. Mohd Faizul bin Ali Hanapiah, Jurutera Daerah Kuala Pilah, Y.Bhg Puan Yusnaliza binti Md. Yusop, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sembilan, Y.Bhg Encik Abdul Rafa bin Tan, Penolong Pengarah Kanan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Y.Bhg Tuan Haji Shaari bin Mat Saod, Pengurus NTQT Sdn. Bhd. syarikat yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.

 

malaysiasprm
bpajpa
mscmampu
spa
myegspr
mdeclogobm