LAWATAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN KE MUZIUM NEGERI, SEREMBAN

 

 

       YB SUK Lawatan MuziumN9

 

 Tarikh : 21 Jun 2018 (Khamis)

Tempat : Muzium Negeri, Seremban

 

Muzium Negeri, Seremban telah menerima lawatan YB Dr. Razali bin Ab. Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Difahamkan ini adalah lawatan beliau yang pertama semenjak dilantik memegang jawatan tersebut bermula pada 11 Jun 2018. Ketibaan beliau yang juga Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah disambut oleh Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip, Pemangku Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Y.Bhg Puan Rosrita binti Mohamad Nordin, Kurator Bahagian Pentadbiran dan Kewangan serta pegawai dan kakitangan.

Sesi lawatan bermula dengan YB Dr. Razali bin Ab. Malik mendengar taklimat mengenai fungsi dan carta organisasi Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Taklimat telah disampaikan oleh Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip. Selepas mendengar taklimat tersebut beliau kemudiannya telah dibawa melawat ke galeri pameran yang terdapat di Muzium Negeri, Seremban sambil diiringi oleh Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip, Puan Rosrita binti Mohamad Nordin termasuk pegawai dan kakitangan.

Ketika di galeri pameran beliau telah diberikan penerangan oleh Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip. Sesi lawatan berakhir dengan beliau bersama-sama pegawai dan kakitangan bergambar di hadapan bangunan Muzium Negeri, Seremban.

malaysiasprm
bpajpa
mscmampu
spa
myegspr
mdeclogobm