PROGRAM DEMONSTRASI MASAKAN DAN PEMAKAIAN BUSANA TRADISI SEMPENA PROGRAM SILANG BUDAYA MASYARAKAT MINANGKABAU LUHAK 50 KOTA DENGAN LUAK BERADAT NEGERI SEMBILAN
Tarikh : 23 Januari 2024
Tempat : Perkarangan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
Telah berlangsungnya satu program Demonstrasi Masakan dan Pemakaian Busana Tradisi sempena Program Silang Budaya Masyarakat Minangkabau Luhak 50 Kota dengan Luak Beradat Negeri Sembilan.
Program ini telah diadakan di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Penglibatan 13 Luak di dalam program tersebut dengan membawa menu masakan tradisi Luak yang berasaskan Sambal iaitu Luak Ulu Muar iaitu Sambal Ledok dan Sambal Tumis Tempoyak, Luak Terachi iaitu Sambal Tempoyak Daun Kayu dan Gulai Daging Salai Campur Rebung, Luak Jempol iaitu Sambal Tempoyak Mentah dan Gulai Ikan Sungai Campur Terung Telunjuk, Luak Gunung Pasir iaitu Gulai Lemak Putih Pucuk Labu, Rendang Kepayo dan Sambal Gesek, Adat Lingkungan Istana Besar Seri Menanti iaitu Rendang Pucuk Paku dan Sambal Gesek, Luak Johol iaitu Sambal Gesek Kundang, Gulai Pisang Tempoyak dan Apam Johol, Wilayah Adat Tampin iaitu Pucuk Ubi Simpul campur Ikan Bilis dan Sambal Udang campur Petai, Luak Ineh iaitu Sambal Tumis Petai dan Udang Daun Gelugor dan YAM Datoโ Shahbandar Sungei Ujong iaitu Gulai Sembilang Salai dengan Belimbing, Pesaka Luak Gemencheh iaitu Rendang Maman campur Daging dan Sambal Belacan.
Selain itu, diantara pengisian bagi program tersebut ialah Demonstrasi Pemakaian Tangkuluak oleh Bundo Kanduang Minangkabau dan Telepok oleh kakitangan wanita Muzium. Manakala Demonstrasi Masakan Sambal Lado dan Rendang Minang oleh Bundo Kanduang. Pembentangan Slide Taklimat Pemerkasaan Teras Adat Perpatih oleh Pengarah, Lembaga Muzium Negeri Sembilan . Tetamu kehormat daripada Luhak 50 Kota Minangkabau adalah Ketua Bundo Kanduang Hjh Nengsih, SPD, MPD, Ketua LKAAM 50 Kota, Bapak Dato Rajo Suaro Zulhikmi M. MPD dan Encik Ruswan bin Abd Talib, Pegawai Khas YB ADUN Seri Menanti Datoโ-Datoโ Penyandang Pesaka Adat dan YM Ibu Soko
๐ค๐ท๐ฒ๐ฝ ๐๐ฎ๐ถ๐ช๐ผ๐ช๐ป๐ช๐ท & ๐๐ฎ๐ญ๐ฒ๐ช
๐๐ฎ๐ถ๐ซ๐ช๐ฐ๐ช ๐๐พ๐๐ฒ๐พ๐ถ ๐๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐ป๐ฒ ๐ข๐ฎ๐ถ๐ซ๐ฒ๐ต๐ช๐ท