KUNJUNG HORMAT DAN LAWATAN DARI KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI NEGERI SARAWAK
DAN PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG KE MUZIUM DIRAJA ISTANA LAMA SERI MENANTI
Tarikh : 30 Januari 2023 (Isnin)
Tempat : Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah
Pada 30 Januari 2023, hari Isnin, Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah menerima lawatan dari Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Negeri Sarawak dan Perbadanan Muzium Negeri Pahang. Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Negeri Sarawak iaitu Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi seramai 45 orang juga daripada Perbadanan Muzium Negeri Pahang, turut serta Pengarah Perbadanan, Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal dan Pegawai serta kakitangan seramai 20 orang.
Delegasi lawatan disambut dengan persembahan silat selamat datang dan merenjis bunga rampai dan membawa tepak sirih mengalu-alukan kehadiran para VVIP dan tetamu oleh YM. Penghulu-Penghulu Luak, YM Ibu soko dan YM Dato -Dato Penyandang Pusaka dari Adat Lingkungan dan Luak Tanah Mengandung dan Pengarah serta Pegawai Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Pelbagai pengisian telah dijalankan sempena Delegasi lawatan, diantaranya ialah Taklimat Adat Perpatih oleh Pengarah, Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Demonstrasi Pemakaian Telepok kepada Delegasi lawatan oleh YM Ibu Soko Luak Ulu Muar.Seterusnya, Delegasi lawatan dijamu dengan jamuan makan tengah hari dengan penuh beradat iaitu bertemakan Makanan Tradisi Adat Lingkungan iaitu Kari Kepala Kambing, Umbut Kelapa, Ikan Keli Sambal, Ayam Goreng Berempah, Sambal Gesek dan Air Sirap.Sebelum menjamu selera sedikit taklimat cara makan beradat telah disampaikan oleh YM Dato' Sutan Bentara Haji Zainal Abidin bin Dato' Haji Mohd.Taib dari Adat Lingkungan.
Pengisian terakhir ialah upacara membuka sebanyak 6 ikatan Panta Berkucung berisi dengan pelbagai jenis kuih-muih tradisional dari Adat Lingkungan dan Luak Tanah Mengandung, seperti koci labu, kuih cucur, ubi ketuk, kuih lapis, kuih seri muka, wajik sirat, wajik takik, serabai, penganan, lomang sabak dan apam daun rambai,.sebelum membuka panta berkucung, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh YM Dato' Andika Sazali bin Hj.Md Salleh, Dato' Lembaga Luak Gunung Pasir dan mendemokan cara membuka panta berkucung kepada semua Delegasi lawatan.
Sebelum bersurai, sesi bergambar kenangan dihadapan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti bersama dengan delegasi lawatan dan semua YM Dato' Penghulu, YM Dato' Penyandang Pusaka Adat dan YM Ibu Soko, Pengarah dan Pegawai dari SAINS Seremban dan Negeri Sarawak dengan Pengarah serta Pegawai LMNS.
Disediakan oleh :
Siti Zulaikha binti Rosman Zahri
Penolong Kurator
Unit Adat Perpatih
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
𝓤𝓷𝓲𝓽 𝓟𝓮𝓶𝓪𝓼𝓪𝓻𝓪𝓷 & 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪
𝓛𝓮𝓶𝓫𝓪𝓰𝓪 𝓜𝓾𝔃𝓲𝓾𝓶 𝓝𝓮𝓰𝓮𝓻𝓲 𝓢𝓮𝓶𝓫𝓲𝓵𝓪𝓷
#danamemperkasakanadatperpatih
#kerajaannegerisembilan
#lembagamuziumnegerisembilan
#bersamamakamenjadi