Hari Koperasi Sekolah Dan Keusahawanan Madani Tahun 2026 Smk Batu Kikir

📅 25 Julai 2026 (Sabtu)
📍 SMK Batu Kikir (Model Khas)

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir (Model Khas) telah menganjurkan Hari Koperasi Sekolah dan Keusahawanan MADANI Tahun 2026 yang berlangsung di Padang SMK Batu Kikir.

Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) turut dijemput bagi menjayakan program tersebut dengan mengadakan pameran yang memberi pendedahan kepada para pengunjung mengenai warisan, sejarah dan khazanah Negeri Sembilan. Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan LMNS dalam memperkasa pendidikan warisan serta mendekatkan institusi muzium dengan masyarakat, khususnya golongan pelajar.

Selain itu, LMNS turut melaksanakan Program KIT STEM MR. DIY yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah. Program ini bertujuan memperkukuhkan pembelajaran berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui aktiviti interaktif yang mampu merangsang pemikiran kreatif, inovatif serta kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan peserta.

Penganjuran program seperti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat keusahawanan dalam kalangan warga sekolah, malah turut menjadi platform yang berkesan untuk memperluaskan pengetahuan, memupuk minat terhadap pembelajaran berasaskan STEM serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan menghargai warisan negara.

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14725793
Today: 25
This Week: 130
This Month: 548
This Year: 3,723
Total: 14,725,793