SEJARAH PENUBUHAN
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas yang terletak di Linggi, Port Dickson menempatkan Makam Syeikh Ahmad Majnun dan Batu Megalitik. Syeikh Ahmad Majnun merupakan seorang ulama yang menyebarkan syiar Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Makam beliau dianggap salah sebuah makam Islam yang tertua di Malaysia. Batu Megalitik atau lebih dikenali dengan batu hidup oleh masyarakat tempatan dipercayai telah wujud sejak abad ke-2 dan ke-3. Kemudi; morofologi megalitik yang wujud di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan adalah unik kerana ia mempunyai megalitik berbentuk kemudi, sudu (payung) dan pedang (keris).
Kesemua imej ini asasnya dikaitkan dengan kepimpinan yang diwujudkan dalam bentuk perlambangan dan jelas menunjukkan bagaimana pola hias ini mempunyai hubungkait dengan adat yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Hal ini kerana megalitik yang terdapat di Pengkalan Kempas adalah satu-satunya megalitik yang diukit dan dipahat dengan bentuk binatang, matahari / bulan, dan terdapat perkataan Arab iaitu "Allah" dalam huruf Jawi.
Kajian dan penyelidikan arkeologi megalitik di Semenanjung Malaysia pertama kali dilakukan oleh I.H.N. Evans di tapak Pengkalan Kempas pada tahun 1919. Terdapat sekitar 15 batu granit sementara tiga menhir utama serta batu laterit dalam keadaan berselerakan, condong dan sewaktu ekskavasi dijalankan telah ditemui seramik berglais dan biru-putih, seladon, kaca pelbagai warna, alat batu, dan syiling. Lapisan tanah tidak menunjukkan sebarang kesan gangguan sementara kesan pembakaran turut ditemui. Secara keseluruhan pentarikhan relatif tapak ini adalah sekitar abad ke-14 hingga 15 Masihi.
Evans turut mendakwa, budaya di Pengkalan Kempas adalah sedalam dua kaki berdasarkan kesan pasir yang berbeza dengan lapisan atas. Tapak ini dianggarkan bertarikh sekitar abad ke-14 hingga 15 Masihi berdasarkan pentarikhan secara relatif kubur Syeikh Ahmad Majnun yang mempunyai pentarikhan kematian sekitar 1467 Masihi.
Di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas juga terdapat Muzium Megalit yang satu-satunya ada di negara ini yang terletak di Negeri Sembilan. Majlis perasmian muzium ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 19 Oktober 2019 bersempena dengan Karnival Pengkalan Kempas.
GALERI PAMERAN
Galeri ini berfungsi sebagai pusat pendidikan dan rujukan kepada pelawat untuk memahami kepentingan tapak ini dalam konteks sejarah dan tamadun awal. Galeri ini mengumpulkan data sejarah penemuan Batu Megalitik diseluruh Malaysia.
MAKAM SYEIKH AHMAD MAJNUN
Makam Syeikh Ahmad Majnun yang ditemui di Pengkalan Kempas kira-kira 150 tahun lalu jelas membuktikan bahawa telah berlakunya penyebaran Islam secara meluas di Nusantara ini. Makam Syeikh Ahmad Majnun di Sungai Udang Pengkalan Kempas ini terletak kira-kira 35KM dari Bandar Port Dickson. Batu Makam ini bertarikh 850 Hijrah bersamaan 1467 Masihi iaitu zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Islam Melaka dibawah pemerintahan Kesultanan Mansur Syah.
Inskripsi yang terdapat pada Makam Syeikh Ahmad Majnun merupakan tulisan inskripsi beraksara Jawi dan Kawi yang terawal dijumpai di Malaysia. Inskripsi ini dipahat pada batu pasir yang berbentuk segi empat tepat dengan bawahnya yang mempunyai lubang. Setiap bongkah batu tersebut mempunyai kesan patahan yang terdiri daripada 2 jenis aksara iaitu aksara Sumatra Kuni (Kawi) dibahagian utara – selatan, inskripsi dan aksara jawi di bahagian timur – barat inskripsi, dengan bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu Kuno.
PERIGI LAMA
Menurut sumber dari masyarakat tempatan, perigi ini dikatakan teiah wujud untuk satu tempoh yang lama. Tidak dapat dipastikan adakah ia telah dibina oleh Syeikh Ahmad Majnun dan kumpulannya yang tiba lalu membuka penempatan di sini, ataupun la dibina oleh masyarakat kampung untuk kemudahan mereka sewaktu menziarahi makam wali Allah ini. Sumber air perigi int dikatakan mengikut keadaan dimana apablia cuaca panas kering, la akan kering dengan sendirinya, manakala apabila tiba musim tengkujuh, air akan memenuhi perigi ini tanpa diketahui dari mana sumber kemasukannya, Terdapat juga kepercayaan di kalangan masyarakat setempat yang mengatakan sekiranya mandi di perigi ini akan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit namun tiada pembuktian saintifik yang dapat menyokong dakwaan berkenaan.
Bagi menghargai kewujudan perigi ini sebagai salah satu monumen bersejarah di kompleks ini, pihak pengurusan tltah membina semula perigi ini dengan lepaan batu-bata dan simen bagi mengindahkannya untuk kunjungan orang ramai.
REPLIKA MEGALITIK YANG ADA DI KOMPLEKS SEJARAH PENGKALAN KEMPAS
1. MEGALITIK PULAU NIAS
2. MEGALITIK CIPARI KUNINGAN
3. MEGALITIK TEGUR WANGI
4. MEGALITIK LAOS
PENGISIAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DI BUAT PENGISIAN DALAM BROSUR KOMPLEKS SEJARAH PENGKALAN KEMPAS
1. TAPAK BERSEJARAH NENEK MOYANG CINA MENDARAT :
Pengkalan Kempas yang terletak di tebing Sungai Linggi pernah menjadi pelabuhan sungai yang sangat penting pada abad ke-18 dan ke-19. Selain menjadi pusat perdagangan rempah dan bijih timah, ia merupakan pintu masuk utama (entry point) bagi imigran Cina yang datang dari wilayah Fujian dan Guangdong.
2. JETI PENGKALAN KEMPAS & SANTUARI BUAYA SUNGAI LINGGI :
Jeti Pengkalan Kempas bukan sekadar jeti nelayan biasa, malah ia merupakan pintu masuk utama bagi aktiviti eko-pelancongan di Sungai Linggi. Terkenal sebagai habitat semula jadi buaya tembaga (Crocodylus porosus), kawasan ini telah diwartakan sebagai santuari untuk melindungi spesies ini serta ekosistem paya bakau yang unik.
WAKTU LAWATAN
9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
DITUTUP PADA :
Setiap Hari Isnin
Hari Raya Pertama dan Kedua Aidilfitri
Hari Raya Pertama Aidilahdha
