Lawatan Kerja YB Datuk Razali bin Abu Samah Ke Lembaga Muzium Negeri Sembilan - Memperkasa Adat Perpatih dan Warisan Negeri Sembilan

๐Ÿ“… 21 Ogos 2026
๐Ÿ“ Muzium Negeri, Seremban

Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) menerima kunjungan kerja YB Datuk Razali Abu Samah.Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Sembilan.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan korporat, fungsi serta peranan LMNS dalam usaha memelihara, memulihara dan memasyhurkan warisan Negeri Sembilan. Sesi tersebut turut dihadiri oleh YBrs. Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip, Pengarah LMNS, Puan Rosrita binti Mohamad Nordin, Kurator Bahagian Antikuiti, Puan Noorul Farahashikin binti Sakim, Kurator Bahagian Pengurusan Muzium serta para pegawai LMNS.

Dalam sesi perbincangan, antara perkara yang diberi perhatian ialah usaha memperkasakan Adat Perpatih sebagai salah satu khazanah warisan penting Negeri Sembilan, termasuk usaha ke arah mendapatkan pengiktirafan di peringkat UNESCO. Perbincangan turut menyentuh peranan LMNS dalam memperkukuhkan fungsi muzium sebagai pusat rujukan, pendidikan dan penghayatan warisan kepada masyarakat, di samping mempertingkatkan daya tarikan galeri dan menarik lebih ramai pengunjung untuk menghayati koleksi serta khazanah warisan yang dipamerkan.

Seterusnya, YB Datuk Razali dibawa melawat ke Galeri Pameran Muzium bagi meninjau pameran yang sedang berlangsung serta pameran tetap. Penerangan berkaitan pameran dan koleksi muzium telah disampaikan oleh Pengarah LMNS.

Lawatan diteruskan ke One Stop Centre bagi sesi minum petang yang turut mengetengahkan kuih tradisional Negeri Sembilan, iaitu Apam Johol. Sambil menikmati juadah tradisional tersebut, YB Datuk turut diberi penerangan mengenai busana tradisional Negeri Sembilan yang disampaikan oleh YM Datoโ€™ Menti Laksamana Alias bin Zakaria.

Lawatan kerja ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kenangan dan simbolik kepada jalinan kerjasama dalam usaha memperkukuh sektor pelancongan, kesenian, kebudayaan dan warisan Negeri Sembilan.

Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dalam memperkasakan Adat Perpatih, warisan dan institusi muzium sebagai aset penting dalam pembangunan pelancongan serta kebudayaan Negeri Sembilan.

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14726245
Today: 38
This Week: 38
This Month: 1,000
This Year: 4,175
Total: 14,726,245