



20 Jun 2026 (Sabtu) | 10.00 Pagi | Muzium Negeri
Sekolah Kebangsaan (Felda Lui) Selatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri Sembilan yang melibatkan seramai 38 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring.
Lawatan ini bertujuan sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalamn secara langsung kepada murid-murid sekolah dan juga merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuja minda dan memberi inspirasi kepada murid mengenai sejarah Negeri Sembilan.
Selain itu, Lembaga Muzium Negeri Sembilan khususnya Unit Muzium Negeri dan Unit Pameran turut mengadakan aktiviti STEM Kit D.I.Y MR.DI.Y yang memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui aktiviti hands-on yang menyeronokkan dan kreatif. Program ini bukan sahaja meningkatkan minat pelajar terhadap bidang STEM, malah turut menggalakkan pemikiran kritis, kreativiti dan kemahiran penyelesaian masalah.
Penganjuran program seperti ini diharap dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta mengukuhkan usaha melahirkan generasi yang berilmu, kreatif dan menghargai warisan serta identiti negeri.
