LAWATAN TAPAK BAGI PERSIAPAN PRA PELANCARAN PERPATIH FEST 2026

Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Persekitaran Perkarangan Muzium Negara, Kuala Lumpur

Pada 13 Jun 2026, satu lawatan tapak telah diadakan di perkarangan Muzium Negara sebagai persiapan awal bagi pelaksanaan Program Pra Pelancaran Perpatih Fest 2026 yang dijangka diadakan pada 8 Ogos 2026. Lawatan ini melibatkan penyertaan Yang Mulia Dato’-Dato’ Penyandang Pesaka Adat, Ibu Soko daripada luak-luak yang berkaitan serta kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).

Sesi dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Kurator Bahagian Antikuiti, Penolong Kurator Unit Adat Perpatih, Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Penolong Kurator daripada Jabatan Muzium Malaysia. Taklimat tersebut memberi penerangan mengenai cadangan pengisian program, aspek logistik serta perancangan susun atur lokasi yang akan digunakan semasa penganjuran program.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian lokasi, kedudukan ruang serta susun atur aktiviti yang dirancang bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program. Melalui lawatan ini, beberapa cadangan penambahbaikan turut dibincangkan bagi memperkemaskan aspek pengurusan logistik dan penyelarasan program.

Setelah sesi lawatan tapak selesai, rombongan dibawa melawat ke galeri-galeri pameran di Muzium Negara bagi meninjau kandungan pameran serta mendapatkan perkongsian berkaitan pengurusan dan interpretasi warisan. Program diteruskan dengan jamuan makan tengah hari sebelum rombongan bertolak pulang ke Seremban.

Lawatan tapak ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan berjaya memberikan gambaran awal yang jelas terhadap keperluan pelaksanaan Pra Pelancaran Perpatih Fest 2026 pada bulan Ogos yang akan datang.

 

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14724036
Today: 21
This Week: 26
This Month: 26
This Year: 1,966
Total: 14,724,036