Majlis Penutup Perpatih Fest 2026

 

📅 1 November 2026 (Ahad)

📍 Pentas Utama, Muzium Negeri, Seremban

Perpatih Fest 2026 kini melabuhkan tirainya selepas berlangsung selama tiga hari, bermula 30 Oktober hingga 1 November 2026 (Jumaat hingga Ahad), bertempat di Muzium Negeri, Seremban.

Majlis Penutup Perpatih Fest 2026 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir ialah YBrs. Encik Aziz bin Hj. Mohd Gorip, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, YM Dato’ Penghulu Luak, YM Dato’ Lembaga, Ibu Soko serta para penyandang pesaka adat luak.

Pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Persekutuan, luak-luak dan wilayah adat, reruai negeri, reruai antarabangsa, komuniti etnik lain, masyarakat Orang Asli serta semua agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan penganjuran Perpatih Fest 2026.

Segala kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan amat dihargai. Kejayaan penganjuran festival ini merupakan hasil usaha bersama semua pihak dalam mengangkat, memartabatkan dan memperkenalkan keunikan Adat Perpatih sebagai warisan yang terus relevan untuk generasi akan datang. Tidak lupa juga para pengunjung yang hadir memberikan sokongan tanpa henti selama 3 hari ini.

Dalam kesempatan ini, pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan turut memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang pelaksanaan Perpatih Fest 2026.

Semoga kita berjumpa lagi dalam penganjuran Perpatih Fest pada tahun hadapan.

Terima kasih.

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14724133
Today: 22
This Week: 22
This Month: 123
This Year: 2,063
Total: 14,724,133