Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Pemikiran Za’ba Dan Hamka “Wacana Pemikiran, Warisan Dan Relevansi Sejagat”

📅 15 September 2026 (Selasa)
📍 Seri Negeri Ballroom, Hotel Royale Chulan, Seremban

Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Pemikiran Za’ba dan Hamka yang bertemakan “Wacana Pemikiran, Warisan dan Relevansi Sejagat” telah berlangsung dengan jayanya di Seri Negeri Ballroom, Hotel Royale Chulan, Seremban.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj. Saiful Yazan Sulaiman, ADUN Johol merangkap Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah YBrs. Encik Aziz Haji Mohd Gorip, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan; YBhg. Datuk Kamarul Baharin A. Kasim, Yang Dipertua Persatuan Muzium Malaysia; wakil-wakil Ketua Jabatan peringkat Negeri dan Persekutuan; para pembentang kertas kerja Seminar Antarabangsa Pemikiran Za’ba dan Hamka serta para peserta seminar.

Seminar ini menjadi wadah penting dalam mengangkat pemikiran dan legasi intelektual Pendeta Za’ba dan Buya Hamka, khususnya dalam aspek pemikiran, warisan, pendidikan, bahasa, budaya dan pembangunan masyarakat.

Penganjuran seminar ini turut membuka ruang kepada para sarjana, akademik, pengkaji dan peserta untuk menelusuri serta membincangkan kerelevanan pemikiran kedua-dua tokoh dalam konteks semasa dan sejagat.

Semoga usaha memperkasa pemikiran dan warisan Za’ba serta Hamka ini terus menyemarakkan kecintaan terhadap khazanah intelektual Alam Melayu, di samping menjadi sumber inspirasi kepada generasi masa kini dan akan datang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh urus setia serta jawatankuasa yang terlibat atas komitmen dan usaha dalam menjayakan Seminar Antarabangsa Pemikiran Za’ba dan Hamka “Wacana Pemikiran, Warisan dan Relevansi Sejagat”.

Semoga segala ilmu, wacana dan gagasan yang dikongsikan terus menjadi pemangkin kepada penghayatan serta pemerkasaan warisan intelektual Alam Melayu.

 

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14727013
Today: 27
This Week: 232
This Month: 684
This Year: 4,943
Total: 14,727,013