MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PULIHARA & NAIK TARAF MUZIUM DIRAJA ISTANA LAMA SERI MENANTI, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN FASA 2

15 Jun 2026 (Isnin) | 8.00 Malam | Seri Menanti Resort, Kuala Pilah

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyerahan Projek Pulihara dan Naik Taraf Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Fasa 2 bertempat di Seri Menanti Resort, Kuala Pilah. Projek yang dilaksanakan di bawah Peruntukan Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) ini telah siap sepenuhnya pada April 2026 dan menjadi satu usaha penting dalam memelihara khazanah warisan bersejarah negeri serta negara.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Shaharudin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Turut hadir ialah YBrs. Dr. Arwan bin Sabri, Pengarah UPEN Negeri Sembilan merangkap Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Dato’ Ir Wan Hasnan bin Wan Musa, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, YBrs. Encik Aziz bin Hj. Mohd Gorip, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, YBrs. Encik Mohd Khairul bin Kassin, Sub Pembangunan Prasarana MOTAC, YBrs. Encik Danendran Sugumar, Pengarah MOTAC Negeri Sembilan, Ir. Mohd Adam bin Abdullah, Ketua Jurutera Elektrik Negeri serta pengarah-pengarah jabatan Persekutuan dan Negeri.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa, diikuti tayangan montaj yang memaparkan perjalanan kerja-kerja pulihara dan naik taraf Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Seterusnya, para hadirin mendengar ucapan daripada YBhg. Dato’ Ir Wan Hasnan bin Wan Musa sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Shaharudin bin Abu Sohot.

Kemuncak majlis menyaksikan berlangsungnya Sesi Menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Kerja Siap serta Plak Penghargaan MOTAC, diikuti Sesi Penyerahan dan Penerimaan Kerja Siap, Penyerahan Replika Kunci dan Plak Penghargaan sebagai simbolik penyerahan rasmi projek yang telah berjaya disiapkan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Penyerahan Cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat sebelum para tetamu menikmati jamuan makan malam, merakam kenangan dalam sesi bergambar dan seterusnya bersurai.

Pelaksanaan projek ini diharap dapat memperkukuhkan usaha pemuliharaan warisan sejarah Negeri Sembilan serta meningkatkan pengalaman pelawat dalam menghayati keunikan seni bina dan nilai sejarah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti sebagai salah satu ikon pelancongan warisan negara.

 

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14724036
Today: 21
This Week: 26
This Month: 26
This Year: 1,966
Total: 14,724,036