



📅 4 Julai 2026 (Sabtu)
📍 Perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka
Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Festival Masakan Warisan Melaka 2026 (FMWM2026) yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik berteraskan makanan, budaya dan warisan.
Turut hadir bersama-sama adalah YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman. Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya. Wakil rasmi Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ketua Menteri Melaka. Yang berusaha Puan Ernie Binti Hamsah, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka Perzim dan Melaka World Heritage Sendirian Berhad. Yang berusaha Encik Zulkifli bin Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Yang berusaha Encik Mohamad Muda bin Baharuddin, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara. Yang berusaha Encik Nasrul bin Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka. Yang Berbahagia Datuk Datuk, ketua ketua jabatan negeri dan Persekutuan. Para jemputan, penaja, penaja dan peserta peserta Festival Masakan Warisan Melaka 2026 dan Melaka Heritage Festival.
Setelah telah tamat majlis perasmian, tetamu VIP sempat meluangkan waktu berkunjung ke reruai Lembaga Muzium Negeri Sembilan, dan disambut oleh YBrs. Encik Aziz bin Hj. Mohd Gorip, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan serta kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Antara menu tradisi yang
disajikan kepada pengunjung adalah, apam johol, kopi gula anau, sambal hijau , ikan keli salai masak lemak cili api, rendang ayam campur daun puding, sirap selasih, jemput-jemput dan pelbagai menu istimewa.
Lembaga Muzium Negeri Sembilan berbesar hati menyertai festival ini sebagai pempamer serta mengadakan demonstrasi masakan tradisional dan sesi uji rasa kepada para pengunjung.
Masih berbaki 1 hari lagi!
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Reruai Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan merasai sendiri keunikan serta keenakan hidangan tradisi Negeri Sembilan yang kaya dengan cita rasa warisan.
Moh ramai-ramai ke Festival Masakan Warisan Melaka 2026! Jumpa kami di Bandar Hilir, Melaka.
