



📅 3 September 2026 (Khamis)
📍 MAEPS, Serdang, Selangor
Menjunjung kasih atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, serta Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, ke Pavilion Negeri Sembilan sempena Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2026 di MAEPS, Serdang, Selangor.
Majlis Perasmian Pavilion Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Keberangkatan Tuanku berdua turut disusuli dengan lawatan ke pameran MAHA 2026 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Turut hadir YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Pengarah MARDI Negeri Sembilan serta ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan.
Selepas tamat Majlis Perasmian DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tunku Ampuan Besar sempat meluangkan masa lawatan ke Pavilion Negeri Sembilan.
