Majlis Perasmian Pembukaan Semula Muzium Dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang

 

📅 22 Oktober 2026 (Khamis)

📍 Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang

Muzium Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Perasmian Pembukaan Semula Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di perkarangan muzium dan balai seni lukis tersebut.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang . Turut hadir ialah YB Wong Hon Wai, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang; YB Dato’ Hj. Zairi bin Hj. Mat Ali, Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, Datuk Bandar Pulau Pinang, Pengarah Lembaga Muzium Pulau Pinang serta ketua-ketua jabatan di peringkat negeri dan persekutuan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Aziz Hj. Mohd. Gorip, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan , sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemeliharaan, pemuliharaan dan pemerkasaan warisan serta seni budaya negara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muzium Negeri Pulau Pinang atas pembukaan semula Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang. Semoga pembukaan semula ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkaya khazanah warisan, memperkasa seni visual serta meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap sejarah dan kebudayaan negara.

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14724133
Today: 22
This Week: 22
This Month: 123
This Year: 2,063
Total: 14,724,133