Majlis Perasmian Perpatih Fest 2026

 

📅 30 Oktober 2026 (Jumaat)

📍 Pentas Utama, Muzium Negeri Seremban

 

Telah berlangsung Majlis Perasmian Perpatih Fest 2026 di Pentas Utama, Muzium Negeri, Seremban dengan kehadiran kira-kira 500 orang tetamu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Ismail Bin Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; YB Dato’ Seri Dr. Hj. Awaludin bin Said, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan; YM Dato’-Dato’ Penghulu Luak; ketua-ketua jabatan peringkat persekutuan dan negeri; pegawai-pegawai kanan kerajaan; YM Dato’-Dato’ Penyandang Pesaka Adat serta Ibu-Ibu Soko.

Selesai menyempurnakan majlis perasmian, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan turut meluangkan masa mengunjungi beberapa reruai pameran, termasuk Reruai Rentas Negeri, Reruai Antarabangsa serta Reruai Luak Beradat dan Wilayah Adat Tampin yang merupakan antara komponen utama penganjuran Perpatih Fest 2026.

Penganjuran Perpatih Fest 2026 menjadi wadah penting dalam memperkenalkan, memartabatkan dan memperkukuh pemahaman masyarakat terhadap keunikan Adat Perpatih, di samping mengetengahkan warisan budaya serta tradisi yang menjadi identiti Negeri Sembilan.

Lembaga Muzium Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi, rakan strategik serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Majlis Perasmian Perpatih Fest 2026.

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14724133
Today: 22
This Week: 22
This Month: 123
This Year: 2,063
Total: 14,724,133