



๐
8 Ogos 2026 (Sabtu)
๐ Muzium Negara, Kuala Lumpur
Lembaga Muzium Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia serta rakan strategik Luak Berundang dan Luak Tanah Mengandung telah menganjurkan Pra Pelancaran Perpatih Fest Tahun 2026 bertempat di Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Pra Pelancaran ini diadakan sebagai langkah awal dalam memperkenalkan Perpatih Fest 2026 yang bakal berlangsung tidak lama lagi kepada masyarakat umum, agensi kerajaan, institusi pendidikan, pengamal budaya serta pelancong dari dalam dan luar negara.
Pelbagai pengisian menarik telah disediakan sepanjang program, antaranya Demonstrasi Masakan Kari Kepala Kambing, Mengacau Penganan Cair, Uji Rasa Masakan Luak, Pameran Luak, Pertandingan dan Demonstrasi Permainan Tradisional, Pertandingan Kolaj Keluarga, Ikatan Destar dan Sampin serta Jualan Produk Luak.
Sebanyak 12 Luak Beradat di Negeri Sembilan telah mengambil bahagian dalam menjayakan Pra Pelancaran ini, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian warisan, adat, budaya dan identiti masyarakat Negeri Sembilan.
Majlis Perasmian Pra Pelancaran Perpatih Fest 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Razali Abu Samah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan.
Turut hadir ialah YBrs. Encik Aziz bin Hj. Mohd Gorip, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan; YBrs. Encik Mohd Razaimi bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman); YBrs. Puan Snizawati binti Muhammad Khairudin, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan; YBrs. Encik Mohamad Muda bin Bahadin, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, wakil-wakil ketua jabatan, YM Penghulu Luak, YM Datoโ Penyandang Pesaka Adat Luak serta Ibu-Ibu Soko.
Penganjuran Pra Pelancaran ini menjadi platform penting dalam mengetengahkan keunikan Adat Perpatih, warisan budaya, makanan tradisional, permainan, busana serta identiti 12 Luak Beradat kepada masyarakat, di samping memperkukuh usaha pemeliharaan dan pemasyhuran warisan Negeri Sembilan di peringkat nasional dan antarabangsa.
