Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448h/2026m Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus

đź“… 25 Ogos 2026 (Selasa)
📍 Padang Majlis Bandaraya Seremban

Bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berlangsung pada 25 Ogos 2026 bertempat di Padang Majlis Bandaraya Seremban.

Sambutan pada tahun ini diserikan dengan penyertaan hampir 80 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat serta agensi dan organisasi di Negeri Sembilan. Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) turut mengambil bahagian dengan penyertaan seramai 45 orang kakitangan bagi memeriahkan sambutan yang membawa tema “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”.

Walaupun hujan rahmat turun pada pagi tersebut, keadaan itu tidak mematahkan semangat para peserta untuk meneruskan pengisian sambutan. Susulan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, semua kontinjen telah bergerak ke Dewan Majlis Bandaraya Seremban bagi meneruskan acara dan bersama-sama melaungkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Dalam pada itu, tetamu kenamaan, ketua-ketua jabatan peringkat Negeri dan Persekutuan serta para jemputan VIP bergerak ke Hotel Royale Chulan, Seremban bagi meneruskan atur cara program serta menyambut keberangkatan tiba DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Penyertaan LMNS dalam sambutan ini mencerminkan komitmen warga kerja dalam menghayati nilai-nilai murni, kecintaan kepada Rasulullah SAW serta memperkukuh semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14726294
Today: 42
This Week: 87
This Month: 1,049
This Year: 4,224
Total: 14,726,294