Mesyuarat Penyelarasan Akhir Pra Pelancaran Perpatih Fest 2026

📅 21 Julai 2026 (Selasa)
📍 Balai Lengkongan, Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Akhir bagi penganjuran Majlis Pra Pelancaran Perpatih Fest 2026 yang dijadualkan berlangsung di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2026

Mesyuarat yang berlangsung di Balai Lengkongan, Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Aziz bin Haji Mohd. Gorip, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah YM Dato'-Dato' Penghulu Luak, Dato'-Dato' Lembaga, Ibu Soko daripada 12 Luak Beradat Negeri Sembilan serta warga kerja Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada penyelarasan gerak kerja terakhir menjelang majlis, termasuk penyediaan atur cara, pembahagian tugasan serta pemuktamadan senarai menu masakan tradisional yang akan disajikan kepada para pengunjung semasa Majlis Pra Pelancaran Perpatih Fest 2026.

Kerjasama erat antara institusi adat dan LMNS diharap dapat memastikan penganjuran program ini berjalan lancar sekali gus mengetengahkan keunikan Adat Perpatih, warisan budaya dan gastronomi tradisional Negeri Sembilan kepada masyarakat.

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14725793
Today: 25
This Week: 130
This Month: 548
This Year: 3,723
Total: 14,725,793