



📅 13 Julai 2026 (Isnin)
📍 Bilik Tayangan, Muzium Negeri, Seremban
Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) telah mengadakan Perhimpunan Pagi Warga Kerja yang menghimpunkan seluruh warga kerja di bawah pentadbiran LMNS sebagai platform komunikasi rasmi antara pihak pengurusan dan kakitangan.
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara, bacaan doa serta diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Penganjuran perhimpunan ini bertujuan menyampaikan maklumat terkini berkaitan hala tuju organisasi, dasar serta pelaksanaan program dan aktiviti semasa. Selain itu, perhimpunan ini turut menjadi wadah untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan, memupuk budaya kerja yang berintegriti, berdisiplin dan profesional, serta meningkatkan komitmen warga kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Turut hadir ialah Puan Rosrita binti Mohamad Nordin , Kurator Bahagian Antikuiti, Puan Noorul Farah Ashikin, Kurator Bahagian Pengurusan Muzium, serta seluruh warga kerja Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Semoga perhimpunan seumpama ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi dalam memperkasa pemeliharaan, pemuliharaan dan penyebaran ilmu warisan budaya Negeri Sembilan demi manfaat generasi kini dan akan datang.
