



📅 15 Oktober 2026 (Khamis)
Telah diadakan satu perjumpaan bersama YAB Dato' Ismail Bin Lasim bagi membentangkan perancangan penganjuran Perpatih Fest 2026 yang bakal diadakan pada 30,31 Oktober hingga 1 November 2026 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Muzium Negeri, Seremban
Turut hadir bersama adalah YBrs. Encik Aziz Hj. Mohd Gorip, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Puan Rosrita Mohamad Nordin, Puan Siti Zulaikha Rosman Zahri dan Encik Syahril Tahirrul Zainal Abidin. Perjumpaan ini adalah bagi memperincikan setiap pengisian program dan aktiviti yang telah disusun untuk semua pengunjung yang hadir.
