Program Bermalam Di Muzium Tahun 2026

📅 15 & 16 September 2026 (Selasa & Rabu)
📍 Muzium Rembau, Kg. Astana Raja

Dilaksanakan serentak di seluruh negeri, Lembaga Muzium Negeri Sembilan turut serta menyertai penganjuran Program Bermalam di Muzium Tahun 2026. Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar telah menyertai program ini.

Muzium Rembau, Kg. Astana Raja, Rembau telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan Program Bermalam di Muzium pada tahun ini. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh urus setia, antaranya Slot Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Horizon Ilmu, Program Kurator Muda (KIT STEM MR. DIY), Senaman Pagi, Program Kurator Muda (Aktiviti Arkeologi) dan lain-lain lagi.

Sepanjang program yang berlangsung selama dua hari, para peserta berpeluang mengenali fungsi muzium dengan lebih dekat. Muzium bukan sahaja berperanan sebagai tempat menyimpan artifak sejarah, malah turut berperanan dalam memelihara dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Suhaimi Aini, ADUN Kota. Turut hadir bersama ialah YBrs. Encik Aziz Hj. Mohd. Gorip, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Puan Rosrita Mohamad Nordin, Kurator Antikuiti, Puan Noorul Farahashikin, Kurator Pengurusan, pegawai-pegawai serta kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

 

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14726984
Today: 30
This Week: 203
This Month: 655
This Year: 4,914
Total: 14,726,984