


📅 27 Julai 2026 (Isnin)
📍 Galeri Pameran, Muzium Negeri
AJBH Films Sdn. Bhd. sedang melaksanakan penerbitan sebuah dokudrama yang mengisahkan Pendekar Dato’ Siamang Gagap, iaitu antara tokoh pahlawan yang terkenal dalam sejarah Negeri Sembilan. Penerbitan ini bertujuan mengangkat semula kisah perjuangan, kepahlawanan serta sumbangan beliau kepada masyarakat dan warisan sejarah negeri.
Bagi menjayakan penerbitan tersebut, YBrs. Encik Aziz bin Hj. Mohd. Gorip, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, telah diundang sebagai panel temu bual untuk berkongsi pandangan, pengetahuan serta penceritaan berkaitan latar belakang, sejarah dan peranan Pendekar Dato’ Siamang Gagap. Sesi penggambaran temu bual ini telah diadakan di Galeri Pameran, Muzium Negeri, Seremban.
Usaha penerbitan dokudrama ini diharapkan dapat memperkenalkan tokoh-tokoh sejarah Negeri Sembilan kepada masyarakat, khususnya generasi muda, sekali gus memupuk kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan menghargai warisan sejarah serta budaya negeri.
