MUZIUM NEGERI SEREMBAN

SEJARAH PENUBUHAN

Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 iaitu apabila Yam Tuan ke-8, Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya Istana Ampang Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah, Seremban dan dijadikan sebagai Muzium Negeri. Pada mulanya ia terletak di Taman Bunga Seremban. Oleh kerana lokasi taman bunga tidak sesuai, Muzium Negeri telah dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya di Jalan Sungai Ujong pada tahun 1984. 

Ditubuhkan mengikut Enakmen No.5 tahun 1956 (pindaan 1992) dengan pengerusi dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Bagi Tempoh 1996-2003, Lembaga Muzium Negeri dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Haji Abdul Samad bin Idris. Enakmen ini diwujudkan berikutan pengisytiharan Istana Ampang Tinggi sebagai Muzium Negeri oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-8.

Pada 14 Julai 1986, Bangunan Teratak Perpatih di kawasan Taman Seni Budaya telah diisytiharkan oleh YAB. Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato Hj. Abdul Samad sebagai Muzium Negeri menggantikan bangunan Istana Ampang Tinggi.

TERATAK PERPATIH

Bangunan Teratak Perpatih ialah bekas Bangunan Astaka Musabaqah Al-Quran pada tahun 1980 yang telah dipindahkan ke Taman Seni Budaya dan diubahsuai menjadi sebuah bangunan. Di dalam bangunan ini ditempatkan bahagian pameran seperti : - 

1. Galeri Sejarah Negeri Sembilan

2. ⁠Zaman Pra Sejarah di Negeri Sembilan

3. ⁠Pameran Sementara

4. ⁠Sistem Beraja di Negeri Sembilan

5. ⁠Pegamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan

ISTANA AMPANG TINGGI

Istana kayu ini terdiri daripada beberapa panel berukir halus dan sepasang pintu gelangsar berat yang tidak boleh ditemui disebarang tempat di Semenanjung Malaysia pada masa sekarang. Istana ini telah dibina di atas permatang yang menghala ke sebuah sawah padi yang luas oleh Yang Dpertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 5 iaitu Yamtuan Ulin (dikenali sebagai Yamtuan Imam) yang memerintah dari tahun 1861-1869.

Bangunan ini berukuran 66 ½ kaki panjang dan 23 ½ kaki lebar. Pada tahun 1953, Yamtuan ke-8 Tuanku Abdul Rahman memberi kebenaran supaya bangunan lama yang tidak beratap ini dibuka dan dipindahkan ke Seremban. Kemudian pada tahun 1980, bangunan ini telah dipidahkan ke Tapak Kompleks Taman Seni Budaya dan sebagai salah satu daripada tempat bersejarah yang perlu dilawali. Istana ini telah diiktirafkan sebagai warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) oleh Jabatan Warisan Negara pada 18 Februari 2013.

RUMAH CONTOH NEGERI SEMBILAN

Menurut catatan yang terdapat daripada beberapa sumber 'Rumah Negeri Sembilan' ini asanya ialah kepunyaan seorang yang bernama Tengku Saiyed Ismail bin Tengku Saiyed Abdul Rahman, Dato' Kelana Sungai Ujong dan isterinya bernama Cik Kundur anak Wan Jaebah, iaitu kakak kepada Anak Air Garam, Mambau kira-kira empat batu dari Seremban menghala ke Port Dickson dan ditukangi oleh orang tukang suku Minangkabau bernama Haji Syahahbudin dan Kamaruddin. Kedua-duanya dikatakan adalah adik-beradik. Keistimewaan rumah ini selain daripada ukiran-ukirannya, ianya dibuat tanpa menggunakan sebatang paku atau pasak dengan kayu. Dinding- dindingnya dibuat berkembi iaitu papan-papan kembun yang dipasangkan pada pemidang-pemidang. Menurut catatan juga, sebuah rencana mengenai rumah ini ada tersiar didalam akbar The Strait Times dalam tahun 1979 menyebut tarikh rumah ini dibina kira-kira pada tahun 1898 Mashi dengan perbelanjaan RM400 sahaja. Dikatakan juga bahawa rumah ini pernah dirombak dan dibawa oleh pemerintah Inggeris dulu ke London untuk pameran pada tahun 1924. Rumah ini kemudiannya telah diiktirafkan sebagai warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) oleh Jabatan Warisan Negara pada 18 Februari 2013.

PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI

Perkampungan budaya orang asli ini telah dibina pada tahun 2025 bersempena dengan Sambutan Perpatih Fest Tahun 2025. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan telah mencadangkan agar Perkampungan Budaya Orang Asli ini dikekalkan binaannya dan pemeliharaan adalah dibawah tanggungjawab Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Terdapat dua buah rumah orang asli dipamerkan kepada pelawat yang mengunjungi ke Muzium Negeri Seremban. Pembinaan Perkampungan Budaya Orang Asli ini adalah dibawah Jabatan Kebajikan Orang Asli, Negeri Sembilan.

DATARAN ADAT

Negeri Sembilan adalah sebuah Negeri yang mengamalkan sistem Adat Perpatih. Dataran Adat ini telah siap sepenuh pada tahun 2025. Fungsi utama Dataran Adat ini adalah bagi pengumpulan aktiviti adat berskala besar. Melalui program dan aktiviti yang akan dilaksanakan di Dataran Adat ini dapat menarik pelawat yang berada luar dari Negeri Sembilan dapat mengenali Adat, Seni, Budaya dan Warisan.

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14725793
Today: 25
This Week: 130
This Month: 548
This Year: 3,723
Total: 14,725,793