
Lembaga MuziumNegeri Sembilan
Hubungi Kami
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com
MUZIUM REMBAU
Sejarah Penubuhan
Pembinaan Muzium Rembau telah mendapat persetujuan dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan ia merupakan satu tanggungjawdb pengurusan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Muzium ini adalah satu lagi tempat yang boleh dilawati di mana terdapat artifak-artifak dan peninggalan sejarah yang terdapat di daerah Rembau untuk dihayati oleh pengunjung dalam dan luar negeri.
Bangunan Muzium Rembau telah siap dibina sepenuhnya, Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri Sembilan, pengurusan muzium ini akan diserahkan kepada pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan untuk dibuat perjawatan dan pengisian. Pengisian muzium ini berdasarkan Institusi Undang Luak, Sejarah Rembau dan kedatangan Raja Melewar.
Bagi tujuan tersebut, pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah menjalankan kerja-kerjapenyelidikan terutamanya mengumpul koleksi sama ada untuk dipamerkan atau disimpan. Kerja-kerja pengumpulan bahan sejarah sekitar daerah Rembau bagi tujuan dokumentasi juga dijalankan. Segala bahan didaftarkan seterusnya mengikuti prosedur Tuntutan contohnya seperti pemuliharaan. Antara sumbangan yang telah diterima ialah sebuah Rumah Tradisional Melayu Rembau dari Kampung Nerasau, Rembau.
Dengan terbinanya Muzium Rembau ini penerangan tentang sejarah dan budaya Rembau serta kedatangan raja-raja ke Negeri Sembilan diharap dapat dihayati dengan lebih jelas dan berkesan. Di samping itu kompleks ini juga dapat dijadikan sebagai tempat rujukan dan memberi khidmat kepada pengumpul, penyelidik, penuntut dan pencinta sejarah tanah air.
RUANGAN PENGISIAN MUZIUM REMBAU
GALERI DATO’ UNDANG
Sudut ini juga diisi dengan pengamalan Adat Perpatih di Rembau dan Negeri Sembilan. Selain itu, sistem pantadbiran Dato' Undang Rembau akan diketengahkan. Ruang ini sangat menarik untuk dilawati kerana ruang yang terhad, memaksimakan susunan peralatan dan artifak disamping sistem pencahayaan yang mampu mewujudkan suasana eksklusif.
RUANGAN PELAMINAN
Ruangan ini menyerlah kerana warng merah yang menjadi tema sudut ini. la merupakan contoh pelamin yang digunakan oleh masyarakat Rembau yang mana menjadi tempat bersanding mempelai. Komponen pelamin ini adalah bunga telur, alas duduk, tirai belakang, parang-parang dan tepak sirih. Corak yang terpatri atas kain baldu merah terdiri dari benang tekat dan manik serta labuci.
PENTARAKNA
Tempat duduk Yang Teramat Mulia Dato' Undang Luak Rembau dan Toh Puan ketika menjalankan adat istiadat. la dibina lima tingkat dan pada baha-gian atas sekali diletakkan tilam pandak yang beralaskan tikar rompok. Sebuah tempat peminangan diletakkan di hadapan tempat duduk. Pada bahagian atas pentas akan dipasang Tabir Lelangit dan sekeliling kawasan dipasang Tabir Lingkungan. Pentarakna ini hanya digunakan ketika istiadat Kerjan dilangsungkan atau semasa majlis Istiadat Mengadap oleh Dato Lembaga.
SEJARAH KEDATANGAN RAJA MELEWAR
Ruangan ini adalah memfokuskan sejarah kedatangan Raja Melewar dari tanah Minangkabau ke Negeri Sembilan. Disini terdapat info serta laluan Raja Melewar ke Negeri Sembilan. Selain itu juga turut dipamerkan replika Batu Bertikam
SINGGAHSANA RAJA MELEWAR
Singgahsana Raja Melewar diadaptasi daripada Istana Pagar Ruyung,Sumatera Barat. Antara pengisian di dalam ragam hias Singgahsana ini adalah Kain Cindai tujuh warna untuk
dijadikan tabir. Tabir Lelangit dan Tilam Pandak yang bertekat benang emas. Antara pengisian di dalam ragam hias Singgahsana ini adalah Kain Cindai tujuh warna untuk dijadikan tabir. Tabir Lelangit dan Tilam Pandak yang bertekat benang emas
RUANGAN RUMAH IBU
Disebuah rumah tradisional Negeri Sembilan mempunyai ruangan dan fungsinya tersendiri. Muzium Rembau turut mempemerkan ruangan rumah Ibu . Ruangan ini berfungsi menerangkan peranan Ibu dalam adat perpatih, termasuk tugas, tanggungjawab dan kedudukannya dalam sistem kekeluargaan suku. Ia membolehkan pengunjung memahami tokoh penting yang menjadi tulang belakang struktur sosial adat.
RUANGAN DAPUR DAN PERMAINAN TRADISONAL
Menyediakan pameran artifak asli seperti peralatan memasak, penyimpanan, dan perkakas tradisi untuk tujuan dokumentasi dan pendidikan. Selain itu juga turut dipamerkan panel pameran permainan tradisional serta permainan seperti gasing, congkak, tating lawi dan lain-lain lagi