TERATAK ZA'BA, BUKIT KERDAS

PENGENALAN

Idea penubuhan Teratak Za'ba ini telah lama tercetus dalam pemikiran Allahyarham Dato' Seri Utama Tan Sri A. Samad Bin Idris yang juga Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan ketika itu. Hasrat murni beliau itu telah disampaikan kepada Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan dan ia telah mendapat maklumbalas yang positif. Lembaga Muzium Negeri Sembilan merasa bertuah kerana semua pihak yang terlibat termasuk pentadbiran negeri, jabatan dan agensi kerajaan, pihak universiti dan ahli kelvarga Pendeta Za ba sendiri telah memberi kerjasama erat sehingga Teratak Za'ba meniadi kenyataan. Teratak ini dibina di atas sebidang tanah seluas 0.4 hektar, di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir Timur, Jempol iaitu tempat Pendeta Za'ba dilahir dan dibesarkan sehingga berumur 12 tahun.


OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Menghargai jasa Pendeta Za'ba atas sumbangan beliau dalam bidang bahasa, sastera, sosio budaya agama, politik dan pendidikan.
  • Satu produk pelancongan berunsurkan pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak khususnya penyelidik, ilmuan dan pelajar.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi sumbangan seorang tokoh yang banyak berjasa melalui koleksi peribadi peninggalannya.
  • Sebagai tempat menyimpan dan mengumpul koleksi Pendeta Za'ba.


RUANGAN DAN KOLEKSI

Susun atur di dalam galeri ini mengikut fungsi ruang rumah melayu tradisional.

Ruang serambi ini lazimnya digunakan bagi majlis Adat dan juga hujung serambi dijalankan upacara keagamaan dan juga ruangan bagi kaum lelaki. Di ruangan ini diletakkan panel grafik berkaitan Pendeta Za'ba dan juga beberapa bingkai gambar beliau.

Rumah ibu pula, beberapa koleksi seperti sudut pakaian, peralatan yang digunakan oleh Pendeta Za'ba sewaktu beliau mencetuskan idea di dalam penulisan seperti kalam batu, pen, dakwat, mesin taip, cermin mata, set kalendar dan papan. Terdapat juga salinan surat-surat Pendeta kepada ahli keluarganya dan sebagainya.

Di ruangan itu juga terdapat songkok sewaktu beliau dianugerahkan Anugerah Pendeta. Ruangan dapur disusun atur dengan beberapa koleksi seperti pinggan mangkuk, teko porselin, lampu minyak tanah dan sebagainya. Di ruangan ini juga diwujudkan mini perpustakaan yang menempatkan beberapa koleksi penulisan Pendeta Za'ba, beberapa bahan sejarah dan Adat Perpatih.

RUANGAN DIORAMA TEMPAT MENGAJI PENDETA ZA’BA
Ruangan diorama ini diwujudkan untuk memberi gambaran visual tentang suasana  Pendeta Za’ba mengaji pada ketika itu. Pelawat dapat melihat lebih dekat lagi peralatan mengaji serta audio mengaji diruangan ini.

RUANGAN DIORAMA SUASANA PENDETA ZA’BA BERKARYA
Ruangan diorama ini diwujudkan khas untuk memberi gambaran visual tentang dedikasi dan persekitaran kerja Pendeta Za’ba semasa beliau menghasilkan karya-karya agungnya.

DEWAN PENDETA ZA’BA
Dewan Pendeta Za’ba yang terletak di Teratak Za’ba merupakan sebuah ruang penting yang diwujudkan bagi mengenang dan memartabatkan jasa besar Pendeta Za’ba (Zainal Abidin bin Ahmad), tokoh ilmuwan dan pemikir agung Melayu. Dewan ini berfungsi sebagai pusat aktiviti ilmu, kebudayaan dan pendidikan yang berkait rapat dengan perjuangan beliau dalam memartabatkan bahasa Melayu, kesusasteraan, pendidikan dan pemikiran masyarakat.

PENGISIAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DI BUAT PENGISIAN DALAM BROSUR
TERATAK ZA’BA (GAMBAR DIDALAM GOOGLE LINK)

  1. BUKIT TAISHO, KUALA PILAH :
    Bukit Taisho merupakan salah satu lokasi rekreasi dan pelancongan alam semula jadi yang terkenal di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Terletak berhampiran kawasan perkampungan dan dikelilingi kehijauan hutan tropika, Bukit Taisho menjadi pilihan utama bagi pengunjung yang gemar aktiviti luar seperti mendaki, beriadah dan menikmati keindahan panorama alam.
    Bukit ini terkenal dengan laluan pendakian yang mesra pengunjung, sesuai untuk pendaki pemula mahupun yang berpengalaman. Sepanjang pendakian, pengunjung dapat menikmati suasana hutan yang tenang, udara segar serta pemandangan alam semula jadi yang mendamaikan. Di puncaknya, pengunjung akan disajikan dengan pemandangan indah kawasan sekitar Kuala Pilah, terutama pada waktu pagi dan senja.
  2. PUSAT REKREASI ULU SERTING :
    Pusat Rekreasi Ulu Serting merupakan sebuah destinasi pelancongan dan riadah semula jadi yang terletak di kawasan Ulu Serting, Negeri Sembilan. Kawasan ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara, suasana yang tenang serta persekitaran hijau yang sesuai untuk aktiviti rekreasi seisi keluarga dan pengunjung dari pelbagai peringkat usia.
    Pusat rekreasi ini menawarkan pelbagai tarikan seperti kawasan sungai yang jernih, landskap semula jadi berbukit, serta ruang riadah yang sesuai untuk aktiviti berkelah, perkhemahan, mandi-manda dan aktiviti lasak ringan. Keunikan flora dan fauna setempat turut menjadikan Pusat Rekreasi Ulu Serting sebagai lokasi yang sesuai untuk aktiviti pendidikan alam sekitar dan eko-pelancongan.
  3. MASJID TUANKU MUKHRIZ, KUALA PILAH
    Masjid Tuanku Mukhriz merupakan salah sebuah masjid utama dan mercu tanda penting di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Masjid ini dinamakan sempena DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, sebagai tanda penghormatan kepada institusi diraja Negeri Sembilan. Masjid ini berfungsi sebagai pusat ibadah utama bagi umat Islam di sekitar Kuala Pilah serta menjadi pusat penyatuan masyarakat melalui pelbagai aktiviti keagamaan, pendidikan dan kemasyarakatan. Selain solat fardu dan solat Jumaat, masjid ini turut menganjurkan kelas pengajian agama, ceramah, program kebajikan serta sambutan hari-hari kebesaran Islam.

WAKTU LAWATAN
9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
DITUTUP PADA :
Setiap Hari Isnin 
Hari Raya Pertama dan Kedua Aidilfitri
Hari Raya Pertama Aidilahdha

 

Image

Lembaga MuziumNegeri Sembilan

Hubungi Kami

Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-7631149
Faks : 06-7615355
Emel : muziumn99[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

14725793
Today: 25
This Week: 130
This Month: 548
This Year: 3,723
Total: 14,725,793