JELAJAH KEILMUAN DAN ZIARAH PUSAKA LUAK BERADAT LUAK TERACHI SEMPENA HARI KEPUTERAAN KE-76

DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

 

 

       Jelajah 2024

 

 Tarikh  : 28 Januari 2024 (Ahad)

Tempat : Luak terachi.

 

Pada 28 Januari 2024 (Ahad), bersempena dengan Hari Keputeraan yang Ke-76 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Lembaga Muzium Negeri Sembilan bersama-sama Luak Terachi serta di bantu oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO telah bersama-sama menjayakan salah satu program di bawah Dana Memperkasakan Adat Perpatih iaitu Jelajah Keilmuan Dan Ziarah Pusaka Luak Terachi.
 
Program jelajah keilmuan ini juga, adalah kesinambungan dari program Jelajah Keilmuan Luak Luak Ineh dan Gunung Pasir. Program seperti ini akan bergerak dari satu luak ke luak yang lain. Salah satu objektif program ini adalah memperkenalkan adat, seni dan budaya kepada masyarakat luar melalui peserta yang terdiri daripada masyarakat luar dari Negeri Sembilan.
 
Jelajah Keilmuan dan Ziarah Pusaka Luak Terachi ini juga turut disertai oleh YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz kayuhan berbasikal bersama-sama diiringi oleh YB Datuk Mohd Faizal Bin Ramli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Adat istiadat Melayu, Teknologi, Inovasi Dan Digital, YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian, YB Tuan Muhammad Sufian Bin Maradzi, ADUN Seri Menanti Dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, pelbagai agensi swasta, penduduk dan masyarakat kampung, peserta dalam dan luar juga orang awam.
Jelajah dimulakan dengan sesi taklimat dari PACMen dan bacaan Doa sebelum memulakan kayuhan. Tepat jam 8.30 pagi sesi flag off oleh YM Dato’ Anjah Pahlawan Orang Kaya Terachi Setiawan Dato’ Haji Mohamad Nasir Bin Haji Nordin Penghulu Luak Terachi. Jelajah pada tahun ini meliputi sepanjang 14KM dan mensasarkan 4 Check Point (CP) iaitu permulaan di Perkampungan Budaya Terachi, Empang Batu, Kampung Orang Asli Ulu mampas, Perusahaan Gula Enau, Pintu Masuk Sawah Terachi dan berakhir di Rumah Warisan Uwan Robah.
 
Tepat jam 8.50 Pagi peserta kayuhan telah tiba ke check point pertama (CP 1) di Empang Batu. Antara aktiviti yang diadakan adalah aktiviti dan demonstrasi menjala ikan oleh penduduk Luak Terachi. Kayuhan diteruskan menuju ke Kampung Orang Asli Ulu Mampas (CP 2). Pelbagai aktiviti telah diselaraskan bersama pihak JAKOA dan penduduk orang asli disitu kepada semua peserta kayuhan di antaranya adalah persembahan kesenian Orang Asli, demonstrasi perkahwinan Orang Asli, serta penyerahan cenderahati kepada YAM Tunku Besar Seri Menanti dan YAM Tunku Zain Al- ‘Abidin dan akhir sekali telah disajikan dengan jamuan ringan sebelum ke check point seterusnya.
Pada jam 10.15 pagi, para peserta kayuhan telah tiba ke (CP3) Perusahaan Gula Anau Luak Terachi. Disini telah diadakan demonstrasi pembuatan Gula Anau, Pameran Enam Pantar Berkucung yang mewakili enam suku di Luak Terachi dan demonstrasi kraftangan Luak Terachi pembuatan sarung parang yang disampaikan oleh YM Dato’ Lembaga Luak Terachi, Ibu Soko dan Wakil Perusahaan.
 
Kayuhan diteruskan ke check point terakhir (CP 4), iaitu Pintu Masuk Sawah Luak Terachi. Di Luak Terachi Sawah Padi merupakan salah satu sumber ekonomi bagi masyarakat di Luak Terachi. Disini, terdapat aktiviti memancing ikan dan demonstrasi membaja padi dengan menggunakan Drone. YAM Tunku Besar Seri Menanti dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin juga berkesempatan untuk mencuba mengendalikan Drone.
Seterusnya para peserta kayuhan bergerak ke end point (EP) Rumah Warisan Uwan Robah. Tepat jam 11.00 pagi, Keberangkatan tiba DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan disambut oleh YM Dato’ Penghulu Luak Terachi bersama Cik Puan Datin. Acara diteruskan lagi dengan gimik mengalungkan medal kepada YAM Tunku Besar Seri Menanti dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin .
 
Setelah itu diadakan sesi menandatangani buku lawatan ke Rumah Warisan Uwan Robah oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, YAM Tunku Besar Seri Menanti dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin.Setelah itu, atucara diteruskan lagi dengan penyampaian bantuan dan sumbangan dari Yayasan Food Bank Malaysia Al- Baasith Negeri Sembilan kepada penduduk Luak Terachi yang telah disempurnakan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,YAM Tunku Besar Seri Menanti dan dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin. Atur cara diteruskan lagi dengan santapan Diraja iaitu Kulinari Luak Terachi dan jamuan peserta kulinari tradisi Luak Terachi kepada semua peserta dan orang kampung.
 
Terima Kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan diatas penyaluran Dana Memperkasakan Adat Perpatih. Tidak lupa juga YB Datuk Mohd Faizal Bin Ramli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Adat istiadat Melayu, Teknologi, Inovasi Dan Digital yang sentiasa menyokong penuh program-program Adat Perpatih yang dilaksanakan.
Destinasi seterusnya ialah ke Luak Ulu Muar semoga bertemu lagi tahun akan datang !
Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat. Daulat Tuanku. Dirgahayu Tuanku.
 
 
𝓤𝓷𝓲𝓽 𝓟𝓮𝓶𝓪𝓼𝓪𝓻𝓪𝓷 & 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪
𝓛𝓮𝓶𝓫𝓪𝓰𝓪 𝓜𝓾𝔃𝓲𝓾𝓶 𝓝𝓮𝓰𝓮𝓻𝓲 𝓢𝓮𝓶𝓫𝓲𝓵𝓪𝓷
 
E-PENYERTAAN / SUARA ANDA
  Polisi E-Penyertaan  
  Kalendar Aktiviti  
  Acara Tahunan Muzium  
  Malumbalas/Pertanyaan  
  Pemohonan Mendapatkan Maklumat  
  Seranta Awam Atas Talian  
  RSS E-Penyertaan  
  Sebutharga Terkini 2024 new  
  e-Jurnal new  
  Jawatan Kosong 2024   
  Maklumat Lanjut  

 

ORANG AWAM
SENARAI MUZIUM
WARGA LMNS

127 Department of Museums Malaysiajohor kedah kelantan melaka pahang perak perlis sabah pp selangor swk tganu

malaysiasprm
bpajpa
mscmampu
spa
myegspr
mdeclogobm