PERTANDINGAN KOIR ANTARA JABATAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN

 

Koir Jabatan

 

 

Tarikh : 01 Ogos 2017 (Selasa)

Tempat : Auditorium d’sury jabatan kebudayaan dan kesenian negara negeri sembilan

 

Pertandingan Koir Antara Jabatan Sempena Hari Kebangsaan anjuran Majlis Kebudayaan Daerah Seremban telah diadakan di Auditorium D’Sury Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Abd. Razak bin Ab. Said, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu.

Hadir sama dalam majlis ini adalah Y.Bhg Encik Mohd Radzi bin Omar, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan, Y.Bhg Encik Mohd Fadzli bin Abd Latif, Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Yang Setia ACP Thiew Hock Poh, Ketua Polis Daerah Seremban, Y.Bhg Encik Aziz bin Haji Mohd Gorip, Pemangku Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan ketua-ketua jabatan Daerah Seremban. Sebuah 7 buah jabatan telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan selaku tuan rumah, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Politeknik Nilai, Universiti Teknologi Mara Negeri Sembilan, Polis DiRaja Malaysia Negeri Sembilan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Setiap kumpulan diminta untuk mempersembahkan 2 buah lagu iaitu wajib dan pilihan. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan mempersembahkan lagu bertajuk “Warisan” dan “Pahlawanku”, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar lagu bertajuk “Tanah Pusaka” dan “Dirgahayu”, Lembaga Muzium Negeri Sembilan lagu bertajuk “Nyalakan Tekad” dan “Malaysia Baru”, Politeknik Nilai lagu bertajuk “1 Malaysia” dan “Kemegahan Negaraku”, Universiti Teknologi Mara Negeri Sembilan lagu bertajuk “Tanah Pusaka” dan “Dirgahayu Tanahairku”, Polis DiRaja Malaysia Negeri Sembilan lagu bertajuk “Tanah Pusaka” dan “Nyalakan Tekad” dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan lagu bertajuk “Dirgahayu Tanahairku” dan “Warisan”.

Menurut YB Dato’ Abd. Razak bin Ab. Said tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat berpasukan di kalangan ahli-ahli kumpulan yang menyertai pertandingan koir. Melalui semangat berpasukan akan menjadikan irama dan lagu yang dipersembahkan menarik dan memikat hati apabila didengar. Pertandingan lagu yang bertemakan patriotik ini juga adalah antara pengisian utama sambutan bulan kemerdekaan negara ke-60 peringkat negeri.

Lagu patriotik dapat menyuntik semangat cinta dan sayang pada tanah air dalam diri kita. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jabatan-jabatan yang telah menyertai pertandingan ini dan semoga ia akan diadakan lagi pada masa yang akan datang. Johan dalam pertandingan ini adalah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar yang memenangi wang tunai RM 3,000.00, piala iringan dan sijil. Naib johan adalah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan yang memenangi wang tunai RM 2,000.00, piala iringan dan sijil.

Tempat ketiga adalah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang memenangi wang tunai RM 1,000.00, piala iringan dan sijil. Manakala saguhati yang berupa plak dan sijil iringan pula dimenangi oleh Politeknik Nilai, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Polis DiRaja Malaysia Negeri Sembilan dan Universiti Teknologi Mara Negeri Sembilan.

malaysiasprm
bpajpa
mscmampu
spa
myegspr
mdeclogobm