PERTANDINGAN MEWARNA BERSEMPENA DENGAN BICARA MERDEKA 

 

 

       MewarnaMuziumNegeri

 

 

Tarikh : 07 September 2017 (Rabu)

Tempat : Istana Ampang Tinggi, Muzium Negeri Sembilan

 

Bersempena dengan Bicara Merdeka dan Majlis Perasmian Pameran Pahlawan Yang Tidak Didendang, Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan telah mengadakan pertandingan mewarna. Pertandingan ini telah diadakan di Istana Ampang Tinggi, Muzium Negeri, Seremban dan melibatkan peserta seramai 50 orang kanak-kanak tadika perpaduan Daerah Seremban.

Menurut Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman, Penolong Kurator Unit Adat Perpatih Bahagian Antikuiti Lembaga Muzium Negeri Sembilan tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mendidik kanak-kanak dalam usia yang masih kecil agar mempunyai perasaan cinta dan taat setia pada negara. Selain daripada menjadi antara pengisian utama program pertandingan ini juga adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan hari kebangsaan negara yang ke-60 peringkat negeri.

Walaupun mereka masih tidak mengetahui apa yang dikatakan semangat patriotik itu namun sudah menjadi tanggungjawab dan peranan kita untuk menanamkan semangat tersebut ke dalam diri mereka. Menerusi pertandingan yang diadakan ini juga adalah diharapkan dapat menarik minat dan mendekatkan diri mereka agar sentiasa untuk datang menimba ilmu pengetahuan di samping melihat pameran dan artifak.

Pihak muzium sentiasa mengadakan pelbagai program dan aktiviti yang membina minda terutamanya berkaitan dengan warisan sejarah dan budaya. Dalam melaksanakannya pihak muzium tidak bersendirian malahan menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai jabatan dan agensi termasuk penganjuran pertandingan mewarna bersama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan yang diadakan pada hari ini.

Pertandingan yang bertemakan “Negaraku Sehati Sejiwa” ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu 6 tahun dan 5 tahun. Johan pertandingan bagi kategori 6 tahun adalah Nurin Qistina dari Tabika Flat Cempaka 1, naib johan adalah Tarrakeshnairi dari Tabika Perpaduan Rasah Tengah A manakala tempat tempat ketiga adalah Fakrul Merza dari Tabika Flat Cempaka 1.

Sementara johan pertandingan bagi kategori 6 tahun pula adalah M.Raziq Ayman dari Tabika Taman Permai 2, naib johan adalah Syed Sharan dari Tabika Taman Permai 2 dan tempat ketiga adalah Salhin Raaj dari Tabika Taman Desa Temiang. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman dan Y.Bhg Puan Farah Ratuwati binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan.

malaysiasprm
bpajpa
mscmampu
spa
myegspr
mdeclogobm