JELAJAH KEILMUAN DAN ZIARAH PUSAKA LUAK INAS

SEMPENA HARI KEPUTERAAN KE-75 DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

 

 

       326189311 516592863880421 4351678325560743036 n 

326272289 731416201679304 538314512347370294 n

 

Tarikh : 21 Januari 2023 (Sabtu)

Tempat : Luak Inas, Kuala Pilah

 

Pada 21 Januari 2023 (Sabtu), bersempena dengan Hari Keputeraan yang Ke-75 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Lembaga Muzium Negeri Sembilan bersama-sama Luak Inas serta di bantu oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO telah bersama-sama menjayakan salah satu program di bawah Dana Memperkasakan Adat Perpatih iaitu Jelajah Keilmuan Dan Ziarah Pusaka Luak Inas, berbasikal.

Program jelajah keilmuan ini juga, adalah kesinambungan dari program Jelajah Keilmuan Luak Gunung Pasir dan Luak Terachi. Program seperti ini akan bergerak dari satu luak ke luak yang lain. Salah satu objektif program ini adalah memperkenalkan adat, seni dan budaya kepada masyarakat luar melalui peserta yang terdiri daripada masyarakat luar dari Negeri Sembilan.

Jelajah Keilmuan dan Ziarah Pusaka Luak Inas ini juga turut disertai oleh YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz kayuhan basikal bersama-sama dengan YB Dato Hj. Mohamad Taufek bin Abd.Ghani Exco Belia Dan Sukan NS merangkap ADUN Paroi, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, pelbagai agensi swasta, penduduk dan masyarakat kampung, peserta dalam dan luar juga orang awam.
Jelajah dimulakan dengan sesi taklimat dari PACMen, pemanasan badan oleh pihak BOMBA dan diteruskan dengan bacaan Doa sebelum memulakan kayuhan. Tepat jam 9.00 pagi sesi flag off oleh YM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Walad Kuala Dioh, Dato’ Mohammad Ariff bin Sidek, Penghulu Luak Inas. Jelajah pada tahun ini meliputi sepanjang 18KM dan mensasarkan 4 Check Point (CP) iaitu permulaan di Sek.Keb.Dato' Inas, Kampung Seginyeh, Kampung Orang Asli Bari, Makam Tengkis dan Lubuk Salor, Ulu Inas.

Tepat jam 9.14 Pagi peserta kayuhan telah tiba ke check point pertama (CP 1) di Kampung Seginyeh. Antara aktiviti yang diadakan adalah menandatangani Plak Pelancaran Mini Yayasan Food Bank Malaysia Al- Baasith Negeri Sembilan, Cawangan Luak Inas telah disempurnakan oleh YAM Tunku Besar Seri Menanti dan penyerahan cenderahati.
Kayuhan diteruskan menuju ke Kampung Orang Asli Bari (CP 2). Pelbagai aktiviti telah diselaraskan bersama pihak JAKOA dan penduduk orang asli disitu kepada semua peserta kayuhan di antaranya adalah persembahan kesenian, gimik sumpitan belon oleh YAM Tunku Besar Seri Menanti dan YAM Tunku Zain Al- ‘Abidin serta penyerahan cenderahati dan akhir sekali telah disajikan dengan jamuan ringan sebelum ke check point seterusnya.

Pada jam 10.41 pagi, para peserta kayuhan telah tiba ke Makam Tengkis (Senduk Emas). Disini telah diadakan pengkisahan sejarah Makam Tengkis yang disampaikan oleh YM Dato’ Lembaga Luak Inas. Kayuhan diteruskan ke check point terakhir (CP 4), iaitu Lubuk Salor. Di Luak Inas Lubuk Salor merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Luak Inas. Sebelum bergerak ke end point (EP), YAM Tunku Besar Seri Menanti dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin serta para peserta di hidangkan dengan jamuan ringan iaitu kuih sopang wap, jemput pisang dan air kopi

Seterusnya para peserta kayuhan bergerak ke end point (EP) di Padang Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas. Tepat jam 12.00 tengah hari, Keberangkatan tiba DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan disambut oleh YM Dato’ Penghulu Luak Inas bersama Cik Puan Datin. Acara diteruskan lagi dengan gimik mengalungkan medal kepada YAM Tunku Besar Seri Menanti dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin .

Setelah itu diadakan lawatan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan bersama-sama anakanda diiringi oleh YM Dato’ Penghulu Luak Inas bersama Cik Puan Datin ke khemah demonstrasi cendol tuo dan pulut kuning ayam lampok. Setelah selesai membuat lawatan di khemah, atucara diteruskan lagi dengan penyampaian bantuan dan sumbangan dari Yayasan Food Bank Malaysia Al- Baasith Negeri Sembilan kepada penduduk Luak Inas yang telah disempurnakan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dan YAM Tunku Besar Seri Menanti.

Atur cara diteruskan lagi dengan santapan Diraja iaitu Kulinari Luak Inas Kerbau Masak Lemak Kuning, Ayam Sambal, Umbut Sawit, Jelatah, Kari Kambing, Gulai Pelanduk dan jamuan peserta kulinari tradisi Luak Inas kepada semua peserta dan orang kampung. Sebelum keberangkatan balik, DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bersama DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan telah membuat lawatan ke Lubuk Salor, Ulu Inas bagi melihat sendiri salah satu destinasi lawatan pengunjung yang hadir di Luak Inas juga menjadi salah satu tarikan buat masa kini juga boleh bermandi manda dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.

Terima Kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan diatas penyaluran Dana Memperkasakan Adat Perpatih. Tidak lupa juga YB Tuan Mohamad Nazaruddin bin Sabtu, Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu yang sentiasa menyokong penuh program-program Adat Perpatih yang dilaksanakan.
Destinasi seterusnya ialah ke Luak Terachi semoga bertemu lagi tahun akan datang !

Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat..Daulat Tuanku..Dirgahayu Tuanku

𝓤𝓷𝓲𝓽 𝓟𝓮𝓶𝓪𝓼𝓪𝓻𝓪𝓷 & 𝓜𝓮𝓭𝓲𝓪
𝓛𝓮𝓶𝓫𝓪𝓰𝓪 𝓜𝓾𝔃𝓲𝓾𝓶 𝓝𝓮𝓰𝓮𝓻𝓲 𝓢𝓮𝓶𝓫𝓲𝓵𝓪𝓷

#kerajaannegerisembilan
#danamemperkasakanadatperpatih
#lembagamuziumnegerisembilan
#luakinas

E-PENYERTAAN / SUARA ANDA
  Polisi E-Penyertaan  
  Kalendar Aktiviti  
  Acara Tahunan Muzium  
  Malumbalas/Pertanyaan  
  Pemohonan Mendapatkan Maklumat  
  Seranta Awam Atas Talian  
  RSS E-Penyertaan  
  Sebutharga Terkini 2024 new  
  e-Jurnal new  
  Jawatan Kosong 2024 new  
  Maklumat Lanjut  

 

ORANG AWAM
SENARAI MUZIUM
WARGA LMNS

127 Department of Museums Malaysiajohor kedah kelantan melaka pahang perak perlis sabah pp selangor swk tganu

malaysiasprm
bpajpa
mscmampu
spa
myegspr
mdeclogobm